Thursday, December 22, 2016

SURI HATI AKU

Assalamu'alaikum and hi to all....


Entry kali ni kakak dedicate untuk suami kakak...
Tajuk straight to the point je... muahahahahaha...

Abang... elly dedicate entry ni untuk abang...
Tak aci la kan isteri blogger tapi tak buat entry untuk suami sendiri.kikiki...

Selalu orang cakap isteri yang akan semua benda, saat-saat perkenalan dengan suami kan? Tapi akak dengan abang korang lain dik. Dia yang banyak ingat moment kitorang. Sampai siapa penasihat cinta kitorang pun abang yang ingat dik. Akak pun tak ingat hahahaha.. 

Ok la... akak mula dengan macam mana akak kenal dengan abang ya... Ada yang cakap jodoh kita ni dekatkan. Yes... Memang betul dik. Akak ko dekat Selangor, abang ko dekat Melaka. hahahahahaa... So apa yang dekat nya... Dekat sebab match maker kitorang tu 1 office dengan abang ko. hahaha.. Alhamdulillah suami BFF akak yang kenalkan kitorang. bff akak yang Intannazifahmad tu la.. muahaha.. Dia nampak abang korang masa dia hantar husband dia pi kerja. Dia rasa macam elok jugak ni kenalkan dengan akak. Intan bagitau husband dia and husband dia pun just cakap, weh nah kenal la dengan dia ni. Bagi FB akak dekat abang and the rest is history hahaha...

Percintaan kitorang memang cinta di muka buku betul tau... Abang tegur akak dekat fb messenger. Simple je ayat dia. Ok akak tak ingat sebab akak da delete chatting tu sebab tengah kitorang kawan tu abang missing in action dalam 2,3 hari so akak ingat dia dah tak nak kawan dengan akak... Rupanya masa tu dia sibuk sebab masa tu dia outstation dekat UK... Konon-konon busy la kan abang oi sampai tak bagitau kita yang dia sibuk... hahahaha... Nanti la akak godek balik handphone abang korang ya and tengok dia cakap apa... hahaha... Gigih laki akak masih ingat apa dia cakap dengan akak tau. Dia tu pemalu gakla dengan orang perempuan sebab tu dia boleh ingat apa yang dia cakap dulu. Berpeluh jugakla dia nak start tegur akak. hahahaha...

Next, kitorang start borak-borak dekat messenger dalam 1 minggu je kot. Nombor telefon pun takde tukar-tukar rasanya sebab lepas je kitorang start to know each other, abang korang bagitau dia kena pi training dekat UK for 4 months.... Korang ingat akak ni sanggup tak nak long distance dengan orang tak kenal macam ni, tak pernah face to face and go with the flow je? Jawapannya wajiblah akak gigih kan sebab macam nothing to lose kot and anggap ok takpe kita kawan je la dulu. hahaha... 

Sepanjang 4 bulan kat sana, korang boleh bayang la kan time zone is very different. Beza 7 jam macam tu, akak tidur abang korang bangun, abang korang tidur, akak bangun... Memang hazab jugakla. Lagi - lagi hotel dia kat sana takde wifi so dia kena connect laptop dia dengan internet cable dalam bilik hotel. Lepas tu handphone dia pulak takde whatsapp kot. So memang totally depend dekat laptop. SMS tu ada jugakla sebab kadang akak korang ni tak sabar nak sembang dengan dia kan. kikikiki.... tapi sayang betul sms tu dah takde sebab akak tukar hp...sob sob sob...


Dulu da bagi hint dekat abang uols... kemain kan bermadah pujangga bagai...

hahaha... giwang gituuuuu

konon la bagi teka teki kan hahaha





Wednesday, December 21, 2016

MISS YOU!!!!

Assalamu'alaikum and hi to all...

Haha macam la ada yang bacakan... kikiki.... Tajuk entry pun tak nak kalah. Miss you ketat - ketat... Memang beza betul zaman mula-mula blogging dulu dengan zaman sekarang ni... Rasanya yang masih setia dengan blog pun dah tak ramai kan. Kuasa smartphone dah take over dunia blogging nampaknya. Kalau sebelum pakai smartphone dulu, gigih satu hari update entry sampai 5 entry... haaaa sekarang sebulan 1 entry pun tak mampu noks... huhu

Macam mana life uols sekarang? macam - macam da jadi dengan blogger ni. ada yang baru lepas SPM da habis belajar, ada yang bujang dah beranak pinak and ada blogger yang maintain femes. akak jeles chuols... hahaha... Akak korang ni macam ni je la.... meneruskan sisa kehidupan dengan abang korang dan family tercinta... 

Tengok, nak taip panjang - panjang pun da takde idea sekarang ni... Harapnya anak akak nanti bolehla baca blog ni kan and jadi semangat dekat dia kalau nak menulis jugak. Nak oi... kalau ang baca ni, mummy bangga dengan ko nak. hehe



Banyak mummy nak belanja kamu sayang. Tapi tunggu mood mummy datang ya. hehehee...

Thursday, September 17, 2015

#throwback KEBAHAGIAAN SEMUA



ada orang mendapat kebahagiaan dengan menjadi no1.
ada juga yg menjadi no2,3 dan
 4...
ada juga yang bertemu bahagia dengan menjadi "kekasih gelap"..
namun,ada 

juga yang bertemu kebahagiaan dengan tidak mendapat mana2 nombor @ bertepuk sebelah tangan...
dan juga ada yg bertemu "Kebahagiaan dalam 
perpisahan"..

walau dimana pun kebahagiaan itu,mencari bahagia yg hakiki dengan mencintai yang

Maha Esa adalah lebih membahagiakan

dan tidak kira lah anda berada di dalam kelompok yang mana,
pasti ramai yang menagihkan...
biarlah mereka menjadi yang terakhir...

*edited version:

jujur saya akui, dulu saya tidak paham mengapa ada yang sanggup menumpang kasih orang..
mungkin ada yang benci,dan ingin memaki hamun orang yang merampas kebahagiaan orang lain...
tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini...
saya baru sedar mengapa mereka sanggup menjadi no 2,no 3,no 4, no 100
dan sanggup menjadi kekasih gelap...
mungkin,kebahagiaan yang dicari oleh mereka ada pada orang yang memiliki ramai gegirl...
mesti ada yang pikir...da takde bujang or anak dara lagi ke
sampai sanggup berkongsi kasih dengan orang lain
bagi saya...mungkin orang bujang yang lain tak dapat nak beri kebahagiaan kepada mereka
sepertimana non bujang @ single person boleh berikan..

erm,entahlah..ini pendapat saya...
sebab terpikir tiba2, mengapa jadi benda2 macam ni...

p/s: copy paste dari facebook sendiri...hehe

*edited version

hmmm...eh saya tak galakkan kamu jadi no 2,3 dan 4 ya...
ini sekadar pandangan saya,
saya baru terpikir kenapa ada yang sanggup jadi no 2,3,4,5..tu je..hehe...
ingat!!kita ada maruah sendiri..
nak buat apa-apa ingat mak ayah,agama,masyarakat...
wallahualam





*edited version 17/9/2015


Assalamu'alaikum and hi to all...


Hahahaha bukan main kan...Tajuk pun nak ber#.hihi... Ok la sebab musim cuti sekolah da dekat. Of course banyakla kenduri kahwin kan. Tu yang teringat my favourite entry ni. Yeah seriously, akak suka betul dengan entry ni. Sebab masa buat entry ni dulu, memang sungguh-sungguh la menaipnya. Idea mencurah-curah pasal kebahagiaan ni kan. haha.. Tak silap masa tu tengah famous lagu Shahir Kebahagiaan dalam Perpisahan. Barulah faham tajuk lagu ni. Sebab tu laju jugakla idea datang masa tu... haha.. Fuh, tulis entry ni masa 22/5/2011... Hahahaha... Da dekat 4 tahun jugak tu....

Bahagia boleh datang dalam banyak cara. Cuma pandai-pandai kita nak cari kebahagiaan kita tu kan. Tapi akak harap 1 je la... Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Biarlah bahagia yang kita cari tu tak menyakitkan hati orang, biarlah bahagia itu direstui oleh semua pihak dan biarlah bahagia yang kita cari itu tidak menyeksa kita dan sesiapa sahaja dikemudian hari. Tapi macam akak cakap dekat atas, kalau bahagia yang kita cari untuk mencari redha Allah, insya ALLAH Allah akan mudahkan dan lorong kita kepadaNya.

Voilaaaaa... (pinjam ayat kak Z...)

Monday, September 14, 2015

Setahun Sekali Update....

Assalamu'alaikum and hi to all...

 Ya Allah... Apakah yang telah aku lakukan ni oooiiiiiiiiii.... Bukan main make over blog, lepas tu diam terus... hahahahahahaha... Travel la sangat kan. hihihihi...


Actually, yang jadi semangat balk ni sebab jeles tengok kak aina ada blog baru. Jeles tau.... Rajin betul kak Aina update. Sangat ilmiah dan penuh info mengenai home schooling. Siapa-siapa yang berminat sila lah ke blog beliau ya...

Alhamdulillah... after 1 year lebih tak berupdate langsung blog ni, many things have changed in my life. Alhamdulillah, the biggest thing is, saya dah kahwin.. Antara nikmat yang Allah berikan kepada saya. Syukur alhamdulillah. Tak sangka cepat je masa berlalu. Dalam tempoh berhibernasi ni, banyak benda setel. 

Kahwin pun da kahwin. Tapi kami berasa jugakla PJJ dalam 7 bulan. Every weekend barula cik abang kita balik jumpa kita. hihi.. Eh lama jugakla 7 bulan tu. Bersulam air mata jugakla... haha. Part paling sedih of course la ada kan. Tapi biar la jadi rahsia kami.. hahaha... Alhamdulillah, sehari sebelum puasa cik abang dah mula kerja di tempat baru. Allahu akhbar. Cantik betul planning Allah. Dia bagi saya sedih-sedih dulu sebelum tu, then Dia bagi Allah dekatkan saya dengan suami saya. 

Life lepas kahwin beza tak dengan sebelum kahwin? 
Of course la cik kak cik abang oi... Sebelum ni sibuk fikir diri sendiri dengan mak abah and adik-beradik sendiri. And now I have to think of my husband and his family too.. So far, takde la drama ibu mertuaku ke(nauzubillah), suamiku en sotong ke(nauzubillah) and so on. Life still as usual, just kena jaga maruah suami, keluarga sendiri dan keluarga mertua... 

Rugi tak kalau tak kahwin?
Hahahahaha rugi dik oiiiii.... Dah kahwin ni insya Allah senang je nak dapat pahala. Pandang suami dengan kasih sayang insya Allah dapat pahala, teringat dia dapat pahala, jaga makan minum pakai dia insya Allah pahala. Tepuk manja ke jeling manja ke insya Allah tu pun pahala. hahaha... Tapi jangan pulak kau pukul laki kau, jeling dia macam nak telan walau kadang akak ada jugak rasa nak buat macam tu... hahahaha.. alamak, tengok abang ko tidur ni rasa kesian, rasa kasih sayang meluap-luap pulak.. muahahaha... abang, sorry abang... i love you abang. hihi...

Fuhhhhh... memang balas dendam betul da lama tak update blog. Pergh, dari seorang blogger tegar boleh akak korang ni bertahun-tahun tak update.. kikiki... Pelan-pelan kayuhla ya. Lagipun rasanya dunia blogging macam da slow sikit kot. Semorang sibuk dengan IG, whatsapp, twitter la and bla bla bla... Akak pun memang da lama tak baca blog ni. Acah-acah busy la konon..haha

Hopefully, semangat nak berblogging ni tak luntur dan hilang terus. Sebab bila blogging boleh rasa otak ni berkembang sikit... sekembang orangnya..haha..

Okla... sebelum akak tutup entry ni, akak payung gambar kahwin akak... Jangan cakap akak tak payung...hehehe


Nampak tak bridesmaids yang hover tu?
Photographer rasmi akak... Basha Pixcers




 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork