Wednesday, January 05, 2011

minggu transisi dan guru penyayang tahun 1




1 hari tak update rindu lak rasanya
ni pun curik2 update sebab dah bawak laptop gi skola
tak kan nak masuk computer lab..
petang2 boleh la kot
hehe

minggu ni tak ajar lagi untuk year 1
masih sesi orientasi
tapi sekolah saya menamakannya
program transisi dan guru penyayang 2011
dalam 2 minggu program ni dijalankan
hari2 program yang berbeza dilakukan
sepanjang saya masuk, saya dah nyanyi2
lagu angkat tangan kanan goyang2,
ABCDE...
satu2 saya sayang ibu
wah menyanyi je kerjanya
ada juga bagi task sheet untuk dibuat
warna2 huruf2...
tulis nomboor
program ni lebih kepada mengenal pasti sama ada mereka boleh membaca, menulis dan mengira
see..sempat lagi snap picture..
haruslah kan...penting tu.hehe

macam2 lagi diajar
cara2 greet cikgu
terima kasih cikgu
thank you teacher
good morning teacher
assalamualaikum
ha yg ni paling penting
cikgu izinkan saya ke tandas
teacher, may i go out
kalau tak, kompem menjerit
cikgu, saya nak kencing
fuh, mencabar betul
drilling je dulu benda ni
saya dah menuntut dengan mak hari tu
mak cakap, yang penting bagi budak minat datang sekolah dulu
wah, baiklah mak


Monday, January 03, 2011

hari pertama sekolah murid darjah 1 dah terberrrrr........dalam kelas....

tee hee hee...
malam tadi tak leh tido sebab nak jumpa2 anak2 baru
berdoa semuanya berjalan lancar
alhamdulillah
ok lagi
ada budak darjah 1 dah terbeEERRRR..
nasib baik bukan masa saya
tapi esok lusa siapa tahu
waaaaaaaaaaaaaaa....
budak2 nak gi toilet tadi terus bagi
takut terkhenc lak dalam class
wuuuwu
xpe xpe...
mari berusaha menjadi cikgu cemerlang, gemilang, terbilang
kata tu azam 2011..hehe
baik!!!!!!!

Saturday, January 01, 2011

segmen: kenangan hari pertama darjah 1


salam semua...isnin ni hari persekolah untuk sesi baru nak mula kan? pastinya yang paling berdebar2 murid2 darjah 1. tapi murid2 sekarang mungkin dah berani kan. sebab dah ada 2 tahun sekolah prasekolah..rasanya cikgu baru macam saya pulak yang seram nak mengajar murid2 tahun 1. hehe...sungguh! ini pertama kali saya mengajar darjah 1 sebab saya baru je posting akhir tahun lepas. jadi, saya nak tahu apa agaknya pengalaman bloggers yang lain masa darjah 1 dulu. sebab saya nak ambil pengalaman kalian untuk saya praktikkan masa berjumpa murid2 tahun 1 nanti. classroom control memang penting. nak garang ke, ke nak berlembut dengan dorang? hehe...

ok, saya cerita dulu ya pengalaman saya. yang saya ingat, masa darjah 1, cikgu garang gila. tapi masa 1st day datang sekolah, saya tak ingat sangat. yang saya ingat, kawan pertama saya ialah fathiyah. sebab dia sangat tinggi orangnya dan ayah dia pakai kopiah putih kalau tak silap saya. saya tak nangis kot dalam kelas. saya siap suruh ayah saya balik rumah tak payah tunggu. TAPIIIIIIIIIII... saya nangis lepas sekolah dekat pokok mangga sebab ayah saya lupa ambil saya. dia ingat mak yang amik. waaaaaaaaaaaa....saya nangis2 peluk pokok mangga kat sekolah. orang kantin siap bagi makan butter cookies dengan air laici.. sampai sekarang saya ingat. rasanya sebab 2 saya tak suka air laici kot..haha

baiklah. ape pengalaman anda pula. harap dapat tolong saya ya untuk menangani anak2 murid saya nanti...tak payah jadi follower saya. ni sekadar kongsi pengalaman. harap dapat tag mana2 kawan yg jadi cikgu atau ada pengalaman best. harap dapat tolong saya ya yang masih baru mengajar ni...kalau tak nak tag pun takpe.then, tinggalkan URL kat komen box ya..hehe..saya mulakan dengan tag..

1.1.11

selamat tahun baru semua...
sebab hari ni tarikhnya cantik, saya dah beli something..
demi kesenangan nak menaip2..dan menggantikan sesuatu yang rosak T_T
rewarding myself for this new year..
hope it can help me in everything

mode menulis lari sket lepas demam..hilang rentak sket
woot woot

SSS
 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork