Thursday, December 22, 2016

SURI HATI AKU

Assalamu'alaikum and hi to all....


Entry kali ni kakak dedicate untuk suami kakak...
Tajuk straight to the point je... muahahahahaha...

Abang... elly dedicate entry ni untuk abang...
Tak aci la kan isteri blogger tapi tak buat entry untuk suami sendiri.kikiki...

Selalu orang cakap isteri yang akan semua benda, saat-saat perkenalan dengan suami kan? Tapi akak dengan abang korang lain dik. Dia yang banyak ingat moment kitorang. Sampai siapa penasihat cinta kitorang pun abang yang ingat dik. Akak pun tak ingat hahahaha.. 

Ok la... akak mula dengan macam mana akak kenal dengan abang ya... Ada yang cakap jodoh kita ni dekatkan. Yes... Memang betul dik. Akak ko dekat Selangor, abang ko dekat Melaka. hahahahahaa... So apa yang dekat nya... Dekat sebab match maker kitorang tu 1 office dengan abang ko. hahaha.. Alhamdulillah suami BFF akak yang kenalkan kitorang. bff akak yang Intannazifahmad tu la.. muahaha.. Dia nampak abang korang masa dia hantar husband dia pi kerja. Dia rasa macam elok jugak ni kenalkan dengan akak. Intan bagitau husband dia and husband dia pun just cakap, weh nah kenal la dengan dia ni. Bagi FB akak dekat abang and the rest is history hahaha...

Percintaan kitorang memang cinta di muka buku betul tau... Abang tegur akak dekat fb messenger. Simple je ayat dia. Ok akak tak ingat sebab akak da delete chatting tu sebab tengah kitorang kawan tu abang missing in action dalam 2,3 hari so akak ingat dia dah tak nak kawan dengan akak... Rupanya masa tu dia sibuk sebab masa tu dia outstation dekat UK... Konon-konon busy la kan abang oi sampai tak bagitau kita yang dia sibuk... hahahaha... Nanti la akak godek balik handphone abang korang ya and tengok dia cakap apa... hahaha... Gigih laki akak masih ingat apa dia cakap dengan akak tau. Dia tu pemalu gakla dengan orang perempuan sebab tu dia boleh ingat apa yang dia cakap dulu. Berpeluh jugakla dia nak start tegur akak. hahahaha...

Next, kitorang start borak-borak dekat messenger dalam 1 minggu je kot. Nombor telefon pun takde tukar-tukar rasanya sebab lepas je kitorang start to know each other, abang korang bagitau dia kena pi training dekat UK for 4 months.... Korang ingat akak ni sanggup tak nak long distance dengan orang tak kenal macam ni, tak pernah face to face and go with the flow je? Jawapannya wajiblah akak gigih kan sebab macam nothing to lose kot and anggap ok takpe kita kawan je la dulu. hahaha... 

Sepanjang 4 bulan kat sana, korang boleh bayang la kan time zone is very different. Beza 7 jam macam tu, akak tidur abang korang bangun, abang korang tidur, akak bangun... Memang hazab jugakla. Lagi - lagi hotel dia kat sana takde wifi so dia kena connect laptop dia dengan internet cable dalam bilik hotel. Lepas tu handphone dia pulak takde whatsapp kot. So memang totally depend dekat laptop. SMS tu ada jugakla sebab kadang akak korang ni tak sabar nak sembang dengan dia kan. kikikiki.... tapi sayang betul sms tu dah takde sebab akak tukar hp...sob sob sob...


Dulu da bagi hint dekat abang uols... kemain kan bermadah pujangga bagai...

hahaha... giwang gituuuuu

konon la bagi teka teki kan hahaha





Wednesday, December 21, 2016

MISS YOU!!!!

Assalamu'alaikum and hi to all...

Haha macam la ada yang bacakan... kikiki.... Tajuk entry pun tak nak kalah. Miss you ketat - ketat... Memang beza betul zaman mula-mula blogging dulu dengan zaman sekarang ni... Rasanya yang masih setia dengan blog pun dah tak ramai kan. Kuasa smartphone dah take over dunia blogging nampaknya. Kalau sebelum pakai smartphone dulu, gigih satu hari update entry sampai 5 entry... haaaa sekarang sebulan 1 entry pun tak mampu noks... huhu

Macam mana life uols sekarang? macam - macam da jadi dengan blogger ni. ada yang baru lepas SPM da habis belajar, ada yang bujang dah beranak pinak and ada blogger yang maintain femes. akak jeles chuols... hahaha... Akak korang ni macam ni je la.... meneruskan sisa kehidupan dengan abang korang dan family tercinta... 

Tengok, nak taip panjang - panjang pun da takde idea sekarang ni... Harapnya anak akak nanti bolehla baca blog ni kan and jadi semangat dekat dia kalau nak menulis jugak. Nak oi... kalau ang baca ni, mummy bangga dengan ko nak. hehe



Banyak mummy nak belanja kamu sayang. Tapi tunggu mood mummy datang ya. hehehee...

Thursday, September 17, 2015

#throwback KEBAHAGIAAN SEMUA



ada orang mendapat kebahagiaan dengan menjadi no1.
ada juga yg menjadi no2,3 dan
 4...
ada juga yang bertemu bahagia dengan menjadi "kekasih gelap"..
namun,ada 

juga yang bertemu kebahagiaan dengan tidak mendapat mana2 nombor @ bertepuk sebelah tangan...
dan juga ada yg bertemu "Kebahagiaan dalam 
perpisahan"..

walau dimana pun kebahagiaan itu,mencari bahagia yg hakiki dengan mencintai yang

Maha Esa adalah lebih membahagiakan

dan tidak kira lah anda berada di dalam kelompok yang mana,
pasti ramai yang menagihkan...
biarlah mereka menjadi yang terakhir...

*edited version:

jujur saya akui, dulu saya tidak paham mengapa ada yang sanggup menumpang kasih orang..
mungkin ada yang benci,dan ingin memaki hamun orang yang merampas kebahagiaan orang lain...
tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini...
saya baru sedar mengapa mereka sanggup menjadi no 2,no 3,no 4, no 100
dan sanggup menjadi kekasih gelap...
mungkin,kebahagiaan yang dicari oleh mereka ada pada orang yang memiliki ramai gegirl...
mesti ada yang pikir...da takde bujang or anak dara lagi ke
sampai sanggup berkongsi kasih dengan orang lain
bagi saya...mungkin orang bujang yang lain tak dapat nak beri kebahagiaan kepada mereka
sepertimana non bujang @ single person boleh berikan..

erm,entahlah..ini pendapat saya...
sebab terpikir tiba2, mengapa jadi benda2 macam ni...

p/s: copy paste dari facebook sendiri...hehe

*edited version

hmmm...eh saya tak galakkan kamu jadi no 2,3 dan 4 ya...
ini sekadar pandangan saya,
saya baru terpikir kenapa ada yang sanggup jadi no 2,3,4,5..tu je..hehe...
ingat!!kita ada maruah sendiri..
nak buat apa-apa ingat mak ayah,agama,masyarakat...
wallahualam





*edited version 17/9/2015


Assalamu'alaikum and hi to all...


Hahahaha bukan main kan...Tajuk pun nak ber#.hihi... Ok la sebab musim cuti sekolah da dekat. Of course banyakla kenduri kahwin kan. Tu yang teringat my favourite entry ni. Yeah seriously, akak suka betul dengan entry ni. Sebab masa buat entry ni dulu, memang sungguh-sungguh la menaipnya. Idea mencurah-curah pasal kebahagiaan ni kan. haha.. Tak silap masa tu tengah famous lagu Shahir Kebahagiaan dalam Perpisahan. Barulah faham tajuk lagu ni. Sebab tu laju jugakla idea datang masa tu... haha.. Fuh, tulis entry ni masa 22/5/2011... Hahahaha... Da dekat 4 tahun jugak tu....

Bahagia boleh datang dalam banyak cara. Cuma pandai-pandai kita nak cari kebahagiaan kita tu kan. Tapi akak harap 1 je la... Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Biarlah bahagia yang kita cari tu tak menyakitkan hati orang, biarlah bahagia itu direstui oleh semua pihak dan biarlah bahagia yang kita cari itu tidak menyeksa kita dan sesiapa sahaja dikemudian hari. Tapi macam akak cakap dekat atas, kalau bahagia yang kita cari untuk mencari redha Allah, insya ALLAH Allah akan mudahkan dan lorong kita kepadaNya.

Voilaaaaa... (pinjam ayat kak Z...)

Monday, September 14, 2015

Setahun Sekali Update....

Assalamu'alaikum and hi to all...

 Ya Allah... Apakah yang telah aku lakukan ni oooiiiiiiiiii.... Bukan main make over blog, lepas tu diam terus... hahahahahahaha... Travel la sangat kan. hihihihi...


Actually, yang jadi semangat balk ni sebab jeles tengok kak aina ada blog baru. Jeles tau.... Rajin betul kak Aina update. Sangat ilmiah dan penuh info mengenai home schooling. Siapa-siapa yang berminat sila lah ke blog beliau ya...

Alhamdulillah... after 1 year lebih tak berupdate langsung blog ni, many things have changed in my life. Alhamdulillah, the biggest thing is, saya dah kahwin.. Antara nikmat yang Allah berikan kepada saya. Syukur alhamdulillah. Tak sangka cepat je masa berlalu. Dalam tempoh berhibernasi ni, banyak benda setel. 

Kahwin pun da kahwin. Tapi kami berasa jugakla PJJ dalam 7 bulan. Every weekend barula cik abang kita balik jumpa kita. hihi.. Eh lama jugakla 7 bulan tu. Bersulam air mata jugakla... haha. Part paling sedih of course la ada kan. Tapi biar la jadi rahsia kami.. hahaha... Alhamdulillah, sehari sebelum puasa cik abang dah mula kerja di tempat baru. Allahu akhbar. Cantik betul planning Allah. Dia bagi saya sedih-sedih dulu sebelum tu, then Dia bagi Allah dekatkan saya dengan suami saya. 

Life lepas kahwin beza tak dengan sebelum kahwin? 
Of course la cik kak cik abang oi... Sebelum ni sibuk fikir diri sendiri dengan mak abah and adik-beradik sendiri. And now I have to think of my husband and his family too.. So far, takde la drama ibu mertuaku ke(nauzubillah), suamiku en sotong ke(nauzubillah) and so on. Life still as usual, just kena jaga maruah suami, keluarga sendiri dan keluarga mertua... 

Rugi tak kalau tak kahwin?
Hahahahaha rugi dik oiiiii.... Dah kahwin ni insya Allah senang je nak dapat pahala. Pandang suami dengan kasih sayang insya Allah dapat pahala, teringat dia dapat pahala, jaga makan minum pakai dia insya Allah pahala. Tepuk manja ke jeling manja ke insya Allah tu pun pahala. hahaha... Tapi jangan pulak kau pukul laki kau, jeling dia macam nak telan walau kadang akak ada jugak rasa nak buat macam tu... hahahaha.. alamak, tengok abang ko tidur ni rasa kesian, rasa kasih sayang meluap-luap pulak.. muahahaha... abang, sorry abang... i love you abang. hihi...

Fuhhhhh... memang balas dendam betul da lama tak update blog. Pergh, dari seorang blogger tegar boleh akak korang ni bertahun-tahun tak update.. kikiki... Pelan-pelan kayuhla ya. Lagipun rasanya dunia blogging macam da slow sikit kot. Semorang sibuk dengan IG, whatsapp, twitter la and bla bla bla... Akak pun memang da lama tak baca blog ni. Acah-acah busy la konon..haha

Hopefully, semangat nak berblogging ni tak luntur dan hilang terus. Sebab bila blogging boleh rasa otak ni berkembang sikit... sekembang orangnya..haha..

Okla... sebelum akak tutup entry ni, akak payung gambar kahwin akak... Jangan cakap akak tak payung...hehehe


Nampak tak bridesmaids yang hover tu?
Photographer rasmi akak... Basha Pixcers




Thursday, May 01, 2014

Elly Jade Comeback...

Assalamu'alaikum and hi to all...


Welcome to my new blogggggggg!!!! Haaa semangat sangat ni.. hahahaha.. Alhamdulillah... After a couple of years I stop to write anything, now I gain my spirit back..hihi.. Of course kena do something untuk regain balik skill menulis, semangat menulis, penyedap mata untuk menulis kan..hihi.. So, I've decided to spend some money untuk design blog ni...hihi.. Haruslah upah orang kan.. Akhak korang ni mana la reti nak main-main coding and buat-buat design.. Baikla akhak cari mana-mana blog interior designer.. Nampakla kelesss sket blog akhak ni.. haha...

Even upah orang, idea ni datang dari akak tau... Takde la nak depend sangat dekat designer kan.. Nanti budak tu pening nak design template blog ni.. So kenalah buat research dulu sikit-sikit and cari apa yang kita nak dekat blog kita ni.. Akah ni simple je dik non.. Ko google je blog template haaa hamik beribu-ribu template yang keluar. Tapi akak limitkan dekat pink layout sebab akak korang ni suka pink... And alhamdulillah jumpa layout ni... Dan lepas da jumpa idea untuk template, akak terus pikir idea untuk header pulak.. Eh wajiblah header pun bertukar.. Da cat rumah cantik-cantik, renovate rumah luar dalam, bumbungnya kau tak tukar pulak kan?haha.. Ok so akak da memang suka tagline "Travelblog Elly Jade" bersempena dengan tagline blog lama dulu.. Makanya akak kekalkan aje and just tukar header je..hihi..

Next, akak tak pikir lama nak carik siapa yang akan akak jadikan mangsa untuk meng'designkan blog akak ni. Akak memang percaya betul dengan dia ni.. Artwork dia memang dasyat and yang bestnya alhamdulillah harga nya berpatutan.. Dari Artwork tu da tau kan siapa orang yang akak maksudkan.. Yeah betul...  Alieff Artwork la pujaan hati akak.. Eh pujaan hati untuk design blog je tau.. Karang marah pulak cinta hati akak sorang tu.. hashtag eh..Eh hashtag akak memang tak keluar tau... Kalau akak tekan hashtag dia keluar simbol ni £ haaa siapa boleh tolong!!!! T_T (ok lari tajuk..haha)




Ok... Korang tengok header ni santek aje kan??? Padahal masa nak explain dekat Alief haritu semua jenis gambar akak tunjuk dekat dia..haha... Tak caya cuba tengok ni..


Yang ni pulak, akak nak cakap doodle tu tengah pegang spek macam ni... haaa jenuhla carik gambar.. nasib jumpa.. gambar pegang spek macam ni da kira macam trademark akak la kan since akak ni specky...hihi...




Ok ni part paling dasyat sekali... Akak siap buat draft lagi untuk template ni.. Memang tangan keras gila.. Kalau akak cakap akak draft pakai Note II mesti orang tak caya sebab teruk sangat lukisan ni..hahaa.. Tapi ada akak kesah.. Asalkan Alief nampak idea akak cukupla kan..hihi..

Ha kan.. Rasa malu nak tunjuk dekat Alief tapi kalau tak tunjuk tak jadi la template ni...huhu...

Alhamdulillah... Rasa sangat berpuas hati sangat dengan artwork Alief ni. Dia paham apa yang akak nak dan seronok sebab dia ni berjaya realisasikan impian akak untuk ada template sendiri. Selalu amik je dari Google tapi this time sebab nak seru balik semangat yang hilang so akak suka sangat dan berbaloi-baloi. So siapa yang berminat bolehla contact dia k... Untuk Alief, thanks very much dik non. Kak non happy sangat-sangat...hihi

Last word untuk diri sendiri, hopefully lepas blog dah cun ni makin bersemangatla untuk start blogging balik. 


Banner pun ada..wiwiwiiwiwiwiwiw....


Tuesday, April 22, 2014

Wednesday, July 18, 2012

suhailisarif.com da pupus????

Assalamualaikum and hi to all.... ooooo sangat rindukan dashboard blogspotin stead of wordpress... rindunya kat blogspot. ni apasal sibuk datang balik rumah lama ni. rumah baru kan ada.hahaahahaha...

aiyooooooo..waaaa banyak sedih wooooooooo...rumah lama lupa nak renew tapak so waaaa sudah kena tendang dengan tuan tanah maaa..so itu bank sudaa amik balik waaa punya rumah.. tsk tsk tskkkkk!!!

nasib baikla rumah lama ni ada lagi. so wa godek-godek balik and alhamdulillah rumah lama ni ada lagi.hahahaha...dan sudi nak terima balik tuan rumah lama dia.hahahah..walaupun blogspot ni rumah tumpangan ihsan pakcik google untuk waa yang miskin ni, waaa tetap syukur dengan apa yang ada..hehehe

ok jangan tanya mana hilangnya suhailisarif.com.... tu la masa konflik dalaman berlaku hari tu, malas nak renew.dengan harapan oooo tak pe la kot agaknya blog tak kan hilang sebab macam lesen kereta la kan. kalau renew baru boleh bawaak kereta. so dengan harapan yang sama, blog pun macam tu jugakla kot kalau overdue. haa amik kau.. expired blog awal bulan 6. awal bulan 7 baru terkedek nak renew. sekali bila cerita dengan netkl, tuan tanah besar,dorang cakap da tak leh renew.huuuwwaaaaaa.....................................................

seriusly menangis sebab dah tak leh renew. sebab suhailisarif.com memang banyak gila kot entry kenangan manis kau dan aku, tak kan terhapus..ok ok stop...lagi-lagi puasa nak dekat dah ni....tahun lepas memang semangat betul update pasal ramadhan dengan ex-blog ai tu kan.uhuukkkk....

nampaknya jodoh kami sampai sini je.hahahahahah.....tapi ok what. akhirnya rasa macam seronok sebab dapat rujuk balik dengan blogspot.dan ai rebrandingkan nama blog ni. perasan tak nama baru ai???

memang suka sangat nama ellyjade ni.cadangnya nak jadikan ellyjade.com tapi ada orang da guna la pulak...tak bercadang nak berhosting baru.just nak beli domain je....aiyooooooo...so macam manaa.patutkah nama ditukar untuk ke .com or just stay je dengan ellyjade.blogspot.com...

Monday, May 30, 2011

syukur. saya menang free hosting GA cik tom

mode: kejutan elektrik...tangan ketar-ketar..
listen to : tak dengar apa-apa

salam and hi to all..alhamdulillah syukur...syukur sangat-sangat...alhamdulillah, saya menang Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom. tadi, baru je cik tom umumkan Pemenang Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom..seriously, memang tak berharap langsung menang GA cik tom.. GA cik tom hadir masa saya frust menonggeng tak nak update blog...memang ingat nak biar je blog ni.tapi tiba-tiba bila cik tom buat GA, rasa excited nak join sebab cik tom tak pernah buat GA dan saya nak support cik tom.alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya...bila baca entri baru cik tom tadi, terus macam eh macam kenal je banner yang melekat pada entri cik tom...rupanya diri sendiri menang. kalau tak silap, hadiahnya pakej hosting berharga rm100 dari NetKL..masyaALLAH, macam cempedak da jadi nangka...ada 3 benda jadi dalam bulan mei..

1. saya dapat header percuma dari abdulfarique.com2. saya dah ada banner sendiri

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



ni watermark saya yang dah diedit oleh bestie,Azfar Hisham.susah payah dia editkan.hehe..and banner tu buat sendiri..hihi

3. sayalah Pemenang Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom

bannergiveaways cik tom

terima kasih cik tom bagi saya peluang join GA cik tom...agak-agak nak pakai domain apa ya? pearljade.com ok tak?hehe...berdebar lak nak tunggu semua setel.. =p


ya ALLAH...syukur alhamdulillah...Kau berikan rezeki, kegembiraan padaku setelah panas disiang hari ya ALLAH...wah, tak masuk langsung..ehehe..jumpa lagi dalam domain yang baru insyaALLAH....

Cuti Sekolah, Nenek Datang Rumah

mood: tak sabar tunggu nenek datang

listen to : pokok ~ MUH featuring hazama


salam, morning and hi to all...
cuti sekolah, nenek datang rumah...
Hooooyeaaahhhhhhh...
bolehla nak menuntut ilmu apa-apa yang patut..
nenek bab-bab mengurus rumah tangga memang sangat perfect...
masak tak usah cerita...
masak sayu goreng dengan ikan goreng pun sedap rasanya..
tak masuk lagi nenek masak asam pedas, rendang, masak lemak..
ooo senang cerita semua nenek pandai..hihi..
tengah tunggu nenek datang..
emak abah balik kampung weekend semalam..
insyaALLAH petang ni sampai la nenek..
terbalikkan?patutnya anak-anak dengan cucu yang balik kampung..
ni nenek yang datang rumah tengok cucu-cucunya..
insyaALLAH cuti 2 minggu duduk dengan kami..
waktu malam before nak tidur, mesti dengar nenek cerita..
macam-macam yang nenek cerita..

nenek seorang yang tabah..
tak pernah nampak nenek menangis..
(oh tidak..tiba-tiba rasa nak meleleh air mata...huhu)
tak pernah nampak nenek susah hati..
nenek seorang yang tidak banyak cakap..
tapi tutur katanya sangat lembut...
senyuman nenek bisa membuatkan hati yang rawan menjadi tenang...

nenek,kami tunggu nenek ya..
sayang nenek...muaaxxx!!!

Good Morning


Sunday, May 29, 2011

video + lirik: pokok by meet uncle hussain featuring hazama




lirik:

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Saturday, May 28, 2011

SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh


salam and hi to all...buat julung-julung kalinya jade akan join segmen by encik ady budika...iolss terharu uolss..semalam borak-borak dengan ady pasal extreme challenge dia tu...alih-alih mulut ni tiba-tiba tertanya, siapa wife froogy..yela,froggy ada anak tapi isterinya takde..and now ady buat segmen, Froggy Ady Budika Cari Jodoh...siapakah froogy?? haa ni la inche frogoy yang machoss..hehe..agak2 siapa ya bakal isteri froogy?hehehe..let's check it out


ayah froggy..hehe

siapakah calon yang paling layak untuk kamu ya????hmm...saya calonkan.......tadaaa........kuma kuma....

kenapa saya calonkan kuma-kuma??
  1. sebab saya rasa dia sekufu dengan froggy..froggy dua alam kan? dan kuma-kuma pun dua alam..nanti if ffroggy nak masuk air, kuma-kuma boleh ikut...kalau bagi jodoh lain yang tak sekufu, nanti kesian dia kena tinggal sorang-sorang kat darat.
  2. sebab kuma-kuma sangatttt coommeelllllllll....dari dulu admire kuma-kuma ni..cute miut cinonet...siap beli selipar bilik kuma-kuma..gebus sangat rasanya..hehe.
  3. if tengok kuma-kuma kat atas ni kan, macam penyayang je..sesuai dengan froggy...boleh didik anak2 froggy..wink wink!!
  4. sebab dia color hijau...ahaha apekah???
  5. sebab kuma-kuma berasal dari jepun..inche ady suka aweks jepun kan macam saudari bunga itu kan?hihi...so froggy pun kenala dapatkan jodoh dari jepun jugak.macam owner dia :p
inilah sebab musabab saya pilih kuma-kuma untuk dijodohkan dengan froggy inche ady...


p/s: jodoh untuk owner inche froggy macam mana pula? hehehe..thanx follow blog saya

p/s/s: congratz berjaya habiskan untuk extreme challenge tue..hope ade rezeki menang lepas ni..

setakat cakap dan doa tak cukup! vote it!!!!!!!

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


salam and hi to all...
orang laen sibuk menulis buku ringkasan mengajar, aku sibuk join benda ni..haha..
segmen terakhir before cuti sekolah yg saya join and sebelum bizi nak menanda exam paper budak2..sikit lagi je nie nak tutup penyertaan...berusahalah!!
semangat header baru..haha..
encik ben,saya dah ada header baru..miahaha!!

Novel Adam dan Hawa (Aisya Sofea) akan diadaptasi ke drama bersiri

mood: dup dap dup dap!!!!!!!

salam and hi to all...oh tidak!!!!! teruja sangat da ni....bukak utusan online tiba-tiba nampak tajuk berita, Global Station pilih 7 novel (klik SINI) i was like, apakah??????????? dorang nak adaptasi novel jadi drama ke?wah ni da macam kes, Trilogi Cinta..ha,kompem jadi....topik hangat di bilik guru lagi macam ni hahahahahaha


ok ok ok...yang lagi excited!!!sila tengok ya novel-novel ya bakal diadaptasi tu...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....ada novel kak Aisya Sofea...bukan 1,bukan 2 tapi 3 novel dia nak dijadikan drama bersiri/telefilem....Jauh, Kau Untukku dan Adam dan Hawa..yang paling best for sure la cerita Adam dan Hawa...omg!!!!!!!!!! Global Station, sila jadikan adam dan hawa drama bersiri..kompem rating tinggi gila.boleh kalahkan nur kasih tau.tahukah anda? ramai betul peminat AH...gulp!!tolong!!!saya tak boleh bernafas.dan tolong..skrip dalam tu sangat romantik...jangan spoilkan mood kami.dan minta-minta barisan pelakon dia lisa surihani dan farid kamil.tak pun siapa-siapa la asalkan sedap mata nak tengok.hahaha....sebenarnya ada lagi 1 novel kak AS yang best..Sehangat Asmara..omg!!yang ni pun terbaik gak...lagi banyak romantik-romantik sebab hero heroin suka sama suka dari awal..so banyak adegan best2 dorang sama-sama.macam AH ni,dorang banyak gaduh...romantik tak banyak sangat but still romantik gakla.hahahaha...fuh!!!!!!!!!akhirnya mimpi jadi kenyataan.memang teringin sangat kalau novel-novel kak AS dijadikan drama.Jauh dan Kau Untukku sweet jugak..go go go kak AS....jom terjah blog dia..





tengok....tajuk best! cerita pun best!! ni antara favourite saya... by kak aisya sofea..

kak AS jugak..hehe..semua ada...alamak, kau untukku tak snap.hehe...


oh ya...bukan setakat novel kak AS yang akan dijadikan novel.ada lagi 4 novel iaitu Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu by Anis Ayuni, Kau Yang Satu by Mia Azalea dan Tiada Yang Kedua by Sania Yasmin.ketujuh-tujuh novel ni adalah keluaran Alaf 21....semua da baca kecuali tiada yang kedua..hehe..seriusly, kau yang satu memang giwang habis....kompem korang cair baca cerita ni..Taufik dengan siapa ek heroin dia?tak ingat..tak silap Afiqah..hehe..manisnya cinta sweet sebab hero pilot tak silap...dia tipu heroin tu cakap dia driver bus...padahal driver kapal terbang...haha..oh sila la cepat-cepat buat drama ni ya..hehe...






Tuesday, May 24, 2011

Semakan Pertukaran Guru Jun 2011 | e - G Tukar







klik gambar untuk ke aplikasi...





atau klik sini:









Semakan keputusan permohonan pertukaran guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mula 25 Mei 2011... selamat berjaya kepada semua.. d(^______^)b







klik sini untuk ke Facebook Pertukaran Guru








salam and hi to all....mak ai....jade lak yang berdebar nak tunggu keptusan ni...sebab tahun ni, ada 2 orang kakak yang saya kenal nak mintak tukar...tolong berdebar untuk mereka..hehe...hope 1 hari nanti saya akan apply pertukaran guru ni..plan memang ada tapi saya masih baru di sekolah ni dan rasanya belum puas saya berkhidmat di sekolah.tak sampai 1 tahun pun...hehe...kepada kak rafiza (kakak 1 sekolah) dan kak bulat (jom lawat blog kak bulat ;) )semoga berjaya...kak bulat,hope dapat daerah kuala langat...bolehla kita berkhidmat sama-sama...hehe...








p/s: if ada siapa-siapa yang baca entri ni dan lulus pertukaran, hope leh share di sini :)

Monday, May 23, 2011

header baru pearl jade | terima kasih Abdul Farique

salam and hi to all...
mood: agak excitedddsssssssss...
sebab: header baru da siap!!!!!!!

oh tidak masin betul ya mulut saya hari ni...tadi kak ellen cakap dia da letak link pearl jade dalam blog dia...saya cakap,ok la..nak tukar baju pearl jade cantik-cantik sebab takut ramai yang nak datang..hehe.perasan!!! and tiba-tiba lepas magrib tadi, encik adik abdul farique PM, pasal header yang dia nak bagi tu...ha ingat tak? ha lupa la tue...hehe...klik SINI...KENAPA AKU NAK HEADER ABDUL RAFIQUE


Dah nak meloncat gak...da la baru je nak start masak...pastu adik AF ni da sound awal...

jangan out
jangan away
kalau tak,
dibatalkan...


huhu...terpaksala cik housemate masak sorang-sorang malamni...ampun ya cik raudah..hehe..and AF ni senang gilos nak kerja ngan dia...seb baekla saya ni takdela cerewet sangat...yela orang nak bagi freekan...tak kan nak demand2 lak...hahaha!! and hasilnyaaaaaaaaa...eh tapi before tu, say goodbye kat header lama...bye bye sayang....walaupun takdela bye bye terus sebab korang still akan jumpa dia gak dalam watermark gambar..actually header ni beli untuk watermark..last-last jadi header lak..hehe...



header lama...design by kak eya...yang ni beli ya...hehe
orderla...kak eya memang best...
ni FB dia...eya eybizz



and presenting my new headerrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!

it's pink ok...eh masa cakap kat AF, pink purple...pastu cian dia da macam blur eh color ape tu...serious comel budak ni..dia tanya background nak apa..saya ni manala reti nak pikir on the spot.glabas gak tadi nak pikir...pastu cakap nak kerawang2...dia da pening balik..last2 dia suggest taman dalam hati ni..haha.see,senang je kan adik ni.senang je nak pilih..hehe...oh comel tak rerama tu..ha tu saya yang request...tee hee hee...


gempaks gilos AF ni...sekejap je dia buat.dalam setengah jam.mampu tak????ngaaaaa...entah ilmu apa dia pakai pun tak taula...dulu nak buat header sendiri, berbulan-bulan pun tak siap.haha...korang tengok! halus gila sentuhan dia.kualiti pun terjaga..ehehehe...


to abdul farique...terima kasih ya untuk header ni....akak suka sangat dik..miahaha!!angan2 nak ada 3D header tercapai gak...yeehaaaaaa!!!!eh alhamdulillah...semakin bersemangat nie...ha, da la free kan header ni..dia siap bagi benda free lagi...taaadaaaaaaaaa...


Tukar Warna Background Blog.....sila usha ya kat tepi ni...ha, korang tak suka oreng,sila klik ke hitam untuk epik gothic..hehehe!!!sebab tengok ada dalam blog AF tapi dia sendiri da buang..saya lak gatal nak.last-last dia bagi je..haha...seb baek tak mintak tukar template sekali...peace yooo!!!


baiksss!! siapa-siapa yang rasa nak tempah kat AF, JOM TERJAH belog diaa...

header dia pun comel gak...eh macho...hehe





 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork