| Baca bab 1 |
| Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya? Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, jadinya. * * * Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu untuk anda fahami, dengan membaca Kau Curi Hatiku |
| ISBN: 978-967-5118-52-4 Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak) Pesanan online mulai 24 Jan. 2011 |
Wednesday, January 12, 2011
Kau Curi Hatiku ~ Iman Xara
Tuesday, January 11, 2011
TRIONOVEL JANUARI, BAKAL TERBIT - ALAF 21
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Muna Mahira
ISBN: 978-983-124-631-3
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langga
Sinopsis: BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?
Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…
Halaman: 400
Penulis: Hashim Salleh
ISBN: 978-983-124-650-4
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langga
Sinopsis: Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladang getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.
Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.
Harga: RM18.00
Halaman: 464
Penulis: Elis Mokhtar
ISBN: 978-983-124-646-7
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langga
Sinopsis: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan.
Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus di¬per¬tahankan kedamaiannya!
Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
...........
Hubungi Eksekutif pengedaran Alaf 21:
Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820)
preview: Jan. 2011 -1: Kaca Jendela Ainnur - Jemari Seni Publishing
| Baca bab prolog |
| Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama! Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak. Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri. Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?” Apa yang Zhafran tahu? Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam? * * * DIYA NORDIN memeta watak Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membawa anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca? ISBN: 978-967-5118-51-7 |
Wednesday, December 15, 2010
yeay!! da sampai.. terima kasih JS
see..inche shabby da berposing depan novel2..tak aci hokeyy!!novel yang saya order adalah:
1. 3 Jantung Hati by Nisyah ~ novel terbaru JS
2. 3 campur 1 = 3 by Ana Farhana
3. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? by Manjlara
4. Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah
Diskaun 30% untuk semua NOVEL UMUM terbitan Jemari Seni mulai 1 ~ 31 Disember 2010. Tawaran untuk pembelian online, melalui pos atau datang sendiri ke premis JS sahaja. Pesanan dan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tersebut. Selamat memilih, membeli dan membaca.
Monday, December 13, 2010
parcel misteri!!!
waaaa.. dapat parcel misteri!!!tak tau siapa yang bagi...suspen betul sebab rasanya order novel dari Jemari Seni 4 buah buku..tapi yang sampai 1 je..lagipun saiz parcel ni besar sikit daripada saiz novel-novel JS....sebelum tu, nak teka dulu siapa yang bagi..jadi detektif jap..
clue nya: dari kuatan
ha mesti azliza yang bagi sebab dia dari kuantan...dan dia tau saya hantu buku...hehehehe
nak tengok tak apa bendanya...jeng jeng jeng!!! drum roll please.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
wah!!!menarik betul...tajuk pun sangat bersemangat..hehe..alhamdulillah..thanx ya siapa yang bagi ni..huhu...i love you...muaxxxxx!!!!
tapi masih suspen..siapa yang bagi ni ya...mahal tau buku ni. dekat rm30... T_T
arigato once again!!!

