Thursday, September 17, 2015

#throwback KEBAHAGIAAN SEMUA



ada orang mendapat kebahagiaan dengan menjadi no1.
ada juga yg menjadi no2,3 dan
 4...
ada juga yang bertemu bahagia dengan menjadi "kekasih gelap"..
namun,ada 

juga yang bertemu kebahagiaan dengan tidak mendapat mana2 nombor @ bertepuk sebelah tangan...
dan juga ada yg bertemu "Kebahagiaan dalam 
perpisahan"..

walau dimana pun kebahagiaan itu,mencari bahagia yg hakiki dengan mencintai yang

Maha Esa adalah lebih membahagiakan

dan tidak kira lah anda berada di dalam kelompok yang mana,
pasti ramai yang menagihkan...
biarlah mereka menjadi yang terakhir...

*edited version:

jujur saya akui, dulu saya tidak paham mengapa ada yang sanggup menumpang kasih orang..
mungkin ada yang benci,dan ingin memaki hamun orang yang merampas kebahagiaan orang lain...
tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini...
saya baru sedar mengapa mereka sanggup menjadi no 2,no 3,no 4, no 100
dan sanggup menjadi kekasih gelap...
mungkin,kebahagiaan yang dicari oleh mereka ada pada orang yang memiliki ramai gegirl...
mesti ada yang pikir...da takde bujang or anak dara lagi ke
sampai sanggup berkongsi kasih dengan orang lain
bagi saya...mungkin orang bujang yang lain tak dapat nak beri kebahagiaan kepada mereka
sepertimana non bujang @ single person boleh berikan..

erm,entahlah..ini pendapat saya...
sebab terpikir tiba2, mengapa jadi benda2 macam ni...

p/s: copy paste dari facebook sendiri...hehe

*edited version

hmmm...eh saya tak galakkan kamu jadi no 2,3 dan 4 ya...
ini sekadar pandangan saya,
saya baru terpikir kenapa ada yang sanggup jadi no 2,3,4,5..tu je..hehe...
ingat!!kita ada maruah sendiri..
nak buat apa-apa ingat mak ayah,agama,masyarakat...
wallahualam





*edited version 17/9/2015


Assalamu'alaikum and hi to all...


Hahahaha bukan main kan...Tajuk pun nak ber#.hihi... Ok la sebab musim cuti sekolah da dekat. Of course banyakla kenduri kahwin kan. Tu yang teringat my favourite entry ni. Yeah seriously, akak suka betul dengan entry ni. Sebab masa buat entry ni dulu, memang sungguh-sungguh la menaipnya. Idea mencurah-curah pasal kebahagiaan ni kan. haha.. Tak silap masa tu tengah famous lagu Shahir Kebahagiaan dalam Perpisahan. Barulah faham tajuk lagu ni. Sebab tu laju jugakla idea datang masa tu... haha.. Fuh, tulis entry ni masa 22/5/2011... Hahahaha... Da dekat 4 tahun jugak tu....

Bahagia boleh datang dalam banyak cara. Cuma pandai-pandai kita nak cari kebahagiaan kita tu kan. Tapi akak harap 1 je la... Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Biarlah bahagia yang kita cari tu tak menyakitkan hati orang, biarlah bahagia itu direstui oleh semua pihak dan biarlah bahagia yang kita cari itu tidak menyeksa kita dan sesiapa sahaja dikemudian hari. Tapi macam akak cakap dekat atas, kalau bahagia yang kita cari untuk mencari redha Allah, insya ALLAH Allah akan mudahkan dan lorong kita kepadaNya.

Voilaaaaa... (pinjam ayat kak Z...)

Monday, September 14, 2015

Setahun Sekali Update....

Assalamu'alaikum and hi to all...

 Ya Allah... Apakah yang telah aku lakukan ni oooiiiiiiiiii.... Bukan main make over blog, lepas tu diam terus... hahahahahahaha... Travel la sangat kan. hihihihi...


Actually, yang jadi semangat balk ni sebab jeles tengok kak aina ada blog baru. Jeles tau.... Rajin betul kak Aina update. Sangat ilmiah dan penuh info mengenai home schooling. Siapa-siapa yang berminat sila lah ke blog beliau ya...

Alhamdulillah... after 1 year lebih tak berupdate langsung blog ni, many things have changed in my life. Alhamdulillah, the biggest thing is, saya dah kahwin.. Antara nikmat yang Allah berikan kepada saya. Syukur alhamdulillah. Tak sangka cepat je masa berlalu. Dalam tempoh berhibernasi ni, banyak benda setel. 

Kahwin pun da kahwin. Tapi kami berasa jugakla PJJ dalam 7 bulan. Every weekend barula cik abang kita balik jumpa kita. hihi.. Eh lama jugakla 7 bulan tu. Bersulam air mata jugakla... haha. Part paling sedih of course la ada kan. Tapi biar la jadi rahsia kami.. hahaha... Alhamdulillah, sehari sebelum puasa cik abang dah mula kerja di tempat baru. Allahu akhbar. Cantik betul planning Allah. Dia bagi saya sedih-sedih dulu sebelum tu, then Dia bagi Allah dekatkan saya dengan suami saya. 

Life lepas kahwin beza tak dengan sebelum kahwin? 
Of course la cik kak cik abang oi... Sebelum ni sibuk fikir diri sendiri dengan mak abah and adik-beradik sendiri. And now I have to think of my husband and his family too.. So far, takde la drama ibu mertuaku ke(nauzubillah), suamiku en sotong ke(nauzubillah) and so on. Life still as usual, just kena jaga maruah suami, keluarga sendiri dan keluarga mertua... 

Rugi tak kalau tak kahwin?
Hahahahaha rugi dik oiiiii.... Dah kahwin ni insya Allah senang je nak dapat pahala. Pandang suami dengan kasih sayang insya Allah dapat pahala, teringat dia dapat pahala, jaga makan minum pakai dia insya Allah pahala. Tepuk manja ke jeling manja ke insya Allah tu pun pahala. hahaha... Tapi jangan pulak kau pukul laki kau, jeling dia macam nak telan walau kadang akak ada jugak rasa nak buat macam tu... hahahaha.. alamak, tengok abang ko tidur ni rasa kesian, rasa kasih sayang meluap-luap pulak.. muahahaha... abang, sorry abang... i love you abang. hihi...

Fuhhhhh... memang balas dendam betul da lama tak update blog. Pergh, dari seorang blogger tegar boleh akak korang ni bertahun-tahun tak update.. kikiki... Pelan-pelan kayuhla ya. Lagipun rasanya dunia blogging macam da slow sikit kot. Semorang sibuk dengan IG, whatsapp, twitter la and bla bla bla... Akak pun memang da lama tak baca blog ni. Acah-acah busy la konon..haha

Hopefully, semangat nak berblogging ni tak luntur dan hilang terus. Sebab bila blogging boleh rasa otak ni berkembang sikit... sekembang orangnya..haha..

Okla... sebelum akak tutup entry ni, akak payung gambar kahwin akak... Jangan cakap akak tak payung...hehehe


Nampak tak bridesmaids yang hover tu?
Photographer rasmi akak... Basha Pixcers




 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork