Sunday, August 29, 2010

special dedication to my readers

this entry is dedicated to my great followers,readers,friends and stalkers...2pun kalau ada la....hehehehe

sebab blog ni tak ramai yang baca,so boleh perasan sape yg selalu datang and singgah sahur,eh silap,singgah untuk baca2...tak pernah tahu sape mereka...

dan antara yang selalu baca adalah:
1. dari offenburg...yang ni sah2 la jannatun aliyah kan?????betul x na?hihi

2. dari serdang....tak tau ni sapa

3. dari petaling jaya.erm...maybe budak2 um

4. dari puchong...mar je yang duk puchong tapi die duk mesir...ooo kak eha kot..hihi

5. dari kuala terengganu....erm,fifi kot..haha

6. dari IPOOOHHHH.......ha ni tak laen tak bukan my sayam,fyllo...u kan MySpace

7. yang terbaru..dari kapar perak...

8. dari kota baru perak pun ada...baru tau kt perak ada kota baru...haha

ni buktinya yg mereka ada singgah....


terima kasih banyak2 sudi singgah blog ni ya...love you all..muaaxxxxxx
MySpace

wardah

Wardah

Harum, mekar mewangi

Dibaja, dibelai setiap masa

Tanpa jemu

Hadirmu mewarnai dunia

Keceriaan, kegembiraan

Jelas terpamer tatkala kau hadir

Tanpamu, hambarla seisi alam

Tapi awas

Salah langkah memilikimu

Binasala dunia

Monday, August 23, 2010

Tahap 1 vs Tahap 2

untuk makluman:
Tahap 1 ~ tahun 1,2,3
Tahap 2 ~ tahun 4,5,6

alhamdulillah...da dekat 3 bulan mengajar dekat SK Taman Keramat 1...2 bulan pertama @ 33 hari dapat peluang mengajar Tahap 1. untuk lebih spesifik tahun 2 Amanah...ganti cikgu yang bersalin dan ajar BM dan maths...wow!!!1st time ajar BM dan pengalamannya, ok lagi nak ajar sebab kena pastikan murid2 tahu membaca,mengeja dan tulisan kena cantik dan kemas...hehe.dan sangat gembira kerana ada yang boleh melakukan dengan baik...agak terkilan jugak sebab masih ada yang tak tau membaca...

sekarang,mengajar sesi pagi untuk Tahap 2....ganti cikgu lain yang bersalin.ajar subjek BM,Kajian Tempatan dan Pendidikan Seni...mak ai,sangat mencabar.......sebab kena ajar tahun 4 dan tahun 5 dan ajar Seni dan Kajian Tempatan.memang tak kreatif,takde talent dalam seni tapi tu semua benda baru yang kena lalui.....dan sememangnya,sangat memberi pengalaman baru buat saya..

apa yang versus antara Tahap 1 dan Tahap 2....banyak bezanya..dan saya akui sejak masuk sesi pagi,saya dapat berasakan suasana persekolahan yang sangat menyeronokkan.bukan saya kata sesi petang tidak seronok dan semestinya setiap benda ada bezanya.saya da mula menyerap semangat untuk mengajar dan mendidik diri murid-murid ini dengan lebih yakin dan lebih input perlu diberikan kepada mereka.

Tahap 1 memberikan saya kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah kawalan kelas..sebabnya~~~mereka sangat aktif dan lasak...nak suruh duduk diam atas kerusi,masyaALLAH.....tegur sekali lepas tu buat lagi....saya sangat lemah dalam kawalan kelas...saya sangat bersyukur kerana dapat peluang untuk mengajar kelas akhir.....sangat2 bertuah kerana skill dan ketegasan dalam memenangi hati anak2 kecil ini perlu ada.....banyak yang perlu saya perbaiki....dan mereka sangat comel untuk dimarahi,untuk ditegur...tapi inilah masa untuk mendidik mereka...saya tahu,ramai ibu bapa yang tidak sanggup memarahi atau menegur anak mereka.dan ini adalah tanggungjawab seorang guru untuk mendidik mereka.walaupun mereka masih kecil,peraturan perlu diterap dalam diri mereka kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya...

bezanya dengan Tahap 2, mereka senang untuk mendengar kata walaupun kita menegur mereka.....dan saikologi turut penting dalam menawan hati mereka.....kali ni tak payah risau kalau budak2 nak lari2 dalam kelas lagi sebab mereka dah besar..dan cabaran pada saya untuk menyediakan bahan pengajaran yg berkesan dan berilmiah...dari segi input,teknik menjawab soalan perlu ditekankan...guru-guru pagi juga saling berganding bahu untuk membantu murid2 ini..dan haruslah saya mengikut rentak ini dan saya kira saya sukakannya....
pemgalaman bermesyuarat bersama guru-guru Tahun 6 dan guru besar + GPK Kurikulum benar2 membuka mata dan jiwa raga saya sebagai seorang guru...betapa besarnya pengorbanan,tanggungjawab,kerisauan,keazaman,semangat guru-guru ini untuk memastikan anak2 ini berjaya....dan saya terus membayangkan semangat guru2 saya "Beginilah yg cikgu2 saya pernah rasa 1 ketika dulu untuk memastikan kami semua berjaya"

RISAU!!! ya saya risau apa yang akan jadi jika saya dipostingkan ke mana-mana nanti....adakah saya mampu untuk membantu bakal anak2 murid saya utk berjaya....ini adalah amanah!saya tidak boleh persiakannya....dan saya tidak mahu bersikap skeptikal dengan mengatakan mengajar English lebih susah berbanding subjek2 lain.TIDAK!!!semua subjek dan guru sedar apa subjek yg perlu diajar,keikhlasan dan persediaan perlu diberi semaksimum mungkin.......tiada jalan pintas utk berjaya dan dalam melaksanakan sesuatu kerja,ia perlu dilakukan sepenuh hati walau siapa pun anda.baik seorang guru,doktor,tukang pembancuh air,dll

syukur alhamdulillah...pengalaman mengajar tahap pembelajaran yang berbeza memberikan pengalaman yang tidak terhingga...saya perlu bersedia utk hari esok kerana tanggungjwab mencorakkan mereka bergantung kepada berus dan warna yang saya gunakan...




Tuesday, August 03, 2010

hanya kawan

da lama saya fikirkan untuk menulis entri yang bertajuk Hanya Kawan...saya tak tau nama nak cakap apa tapi yang saya tahu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kami
.
.
.
hanya
.
.
.
.
kawan...........................




hmmmmmmm.......
 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork