Monday, April 18, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA KISSM

Untuk menyemak keputusan kursus induksi anda, sila klik gambar...sekian terima kasih....


alhamdulillah syukur...lulus gak KISSM ni..banyak drama jadi masa KISSM..baik dari nak submit assignment sampaila nak exam...orang cakap confirm punya lulus unless tak buat assignment and exam tak jawab...tapi serius, soalan dia susah betul hari tu...main soalan spot je pastu yang lain tak baca...ha tawakal habisla..alhamdulillah lulus gak =)..
all the best untuk semua =)

Sunday, April 17, 2011

jadual penulis jemari seni di PBAKL 2011


Assalamualaikum semua.....PBAKL 2011 datang lagi....jom kita meriahkannya...hehe...tak sabar nak jumpa penulis2 JS....ramai nama-nama baru dalam JEMARI SENI...entah bila saya nak jadi salah seorang penulis JS...hihi.dulu azam je tinggi.seram sejuk pikirkannya..hehe!!!jumpa di sana ya =)

Thursday, April 14, 2011

Pemeriksaan Kesihatan dan suntikan BCG Tahun 1 di SK Seri Lanang

assalamualaikum....hari ni teacher suhaili happy sangat...anak2 tahun 1 dapat suntikan BCG....masa ni baru dapat nampak budak2 cuak, sedih dan yang paling penting,ini semua untuk kebaikan mereka.supaya sistem imunisasi mereka bertambah kuat dan tak senang demam...hope semua dapat datang hari-hari...

tarikh: 14 april 2011

masa: 9:00 am - 12:00 pm

tempat : bilik kesihatan SK Seri Lanang

murid yang terlibat : tahun 1 setia dan 1 jujur

Objektif :
1. Pencegahan daripada terkena jangkitan penyakit yang serius
2. Memberi pengimunan kepada murid-murid dan melawan penyakit berjangkit
3. Mengurangkan kadar kematian kanak-kanak akibat jangkitan penyakit berjangkit

Cara pelaksanaan :
1. Suntikan BCG dan titisan Tetanus diberikan kepada murid-murid Tahun 1


puan doktor check temperature dorang dulu before nak inject...



cik misi, awak buat apa tue....waaa.....
balik kelas teacher suhaili tanya kat boboys....

boys, nurse watpe kat awak tadi...
teacher, nurse pegang k***k kitorang....
hahahahaha...adoi, tulis betul dak2 nie...

tujuannya: nak tahu benda tu keras ke tak...erk, teacher suhaili pun segan nak tanya cikgu2 laen lebih2..hehe




yeaaargghhh..that's my girl...the bravest girl ever in year 1...tak takut langsung..she's the first one..cool je..love you azurraaaaa!!!



wwuuuuuu..teacher suhaili pun rasa kebas tengok benda ni...ngilu je rasanyaaa...








ni masa pukul 12:30 tadi....semua melepek je...ajar maths time ni....semua senyap je...kalau tak,dorang la yang pokpek dari awal sekolah sampai habis sekolah...kesian, ada yang tidur....takpe, teacher suhaili kesian dengan korang hari ni je...esok teacher suhaili jadi singa balik k...hihi

see..semua sibuk pegang tangan....nak keluarkan buku dari beg pun tak larat..haha..ciannnya

tadi ada siap yang menjerit2...padahal sebelum tu dia yang paling eksen tak sakitla apa la..tiba2 dia yang teriak paling kuat...haha....seb baek teacher suhaili takde kat sana tadi....kalau tak glamer la kau fitri...hehe

pastikan anak-anak anda mendapat rawatan BCG dari awal ya....ini penting untuk memastikan generasi muda kita sihat sejahtera...peace!!


Giveaway Ujang9897

ujang suka kentut and beybey wat GA...pergh!!!ni semua gara2 nak raih undi header pilihan malaysia la ni.....pandai ya ko ujang.hahahha!!aku join....semoga ada rezeki aku kat blog ko ni..hehe...nak hadiah TERATAI: menang domain.miahahaha...

takde apa nak kutuk kat blog ko ni..cuma nak cakap, selamat pengantin baru...

nak tag:

kak dilla amin


sis LM

sunah suka sakura

kak ellen

dan sapa2 yang terbaca entri ni..huhu

SEGMEN: BEN ASHAARI GEGAR LAGI


GEGAR BEN ASHAARI DATANG LAGI!!!
mari gegar!!!
siapa2 nak join klik SINI

jom undi header blog lelaki/wanita pilihan 2011



assalamualaikum dan selamat tengahari semua...bab2 mempromote ni i loiiikeee sangat2...sebab tu ade orang cakap saya leh jadi promoter..haha..okies, tak mau cakap banyak...mari kita tengok calon2nya....ade 10 tapi nak promo sket je..haha.kalau tak,nanti ehader pilihan saya kalah la kan.hehehe...


calon header blog lelaki no 1:
nak undi dia ni boleh. sebab header dia jujur gila..siap cakap siapa yang paksa dia blog..cam cute and romantik pun ada gak..haha



calon header blog lelaki no 2:

jangan tertipu tengok smiley yang macam garang tue..dia bukannya pemarah..baik hati owner blog ni..stylo gakla header dia..ala2 urban gitewwwww..cool tak chain tue.macam digantung header dia..



calon header blog lelaki no 3:


waaaa..suka header adik ni....ada kapal terbang...i love kapal terbang...ade motip and ada kaitan dengan blog dia.dia la pilot and bloglist dia,dia letak nama airlines...serius coolllll!!!and hari tue saya gi sarawak pinjam kapal terbang dia..dia baik..sure dia bagi..haha




calon header blog perempuan no 1:

siapa tak vote header ni,siap laaaa...sangat puitis and bermakna header sunah sakura ni....

langit yang besar ,berat ini pon ALLAH boleh jaga,
takkan kamu yang kecil ini ALLAH akan biarkan..

sentap tak anak2???dari header kita tahu ke arah mana arah tuju blog ini...sangat ilmiah dan ilmu2 agama disampaikan secara santai...



calon header blog perempuan no 2:

nurulbadiah

model sambilan...dan seorang lawyer.tengah wat chambering...pergh!!sangat dasyat...lawyer pun ada masa wat blog..huhu..bagus!!boleh mengeakkan keadilan..




calon header blog wanita 3:




kenapa kena vote dia?sebab dia junior masa kat sekolah dulu..hehe...dulu dia pakai header laen...ade muka dia wat tabik spring..stylo habis...


ok,da usha2 da header2 ni...so tunggu apa lagi.mari vote mereka di sini...klik gambar bawah..



pinjam gambar sunah..hehe...



due date: 15 april 2011 jam 11 malam



jangan lupa undi header ni sekali...kompem menang tanpa bertanding

















Wednesday, April 13, 2011

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7:30pg sehingga 1:30ptg sahaja...


erm, tadi terjumpa artikel ni kat newsfeed...my friend, sukainah ada share kat FB dia...it's true..please dont think that a teacher's job is just start from 7:30 - 1:30(my school end 1:20)...but usually i'll go back around 5-6..stay back at school and finish with my work....i know, it's not good to bukak cherita and tell the world about our work..naaaaaa,thats not my intention...it's just to give you an overview what a teacher's life is all about...ha yang ni untuk those yang nak jadi cikgu and kahwin dengan cikgu...dont merungut2 ya if once you have enter this world...selalu jugak dengar cerita, a teacher does a clerical work more than teaching itself..hmmmm, pengkeranian kerja kadang2 selalu terjadi kat sekolah...cikgu seorang tukang kebung(cikgu sains yg jaga taman sumber sains), cikgu seorang tukang cuci(kalau ade murid yang beybey@buang aiyak besaq), cikgu seorang penyelia kesihatan(cikgu yang cek jentik2 kat sekola=aku laa ni...haha),dan macam-macam...

baiklah, back to bisnes..this article i took from JIMMY ROSE'S FB ----->

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...


1. Menulis rancangan mengajar---->ya hari2...tak leh cengkelat...huhu

2. Menanda kedatangan murid/pelajar-------> hari2 jugak.tapi kadang saya lumsum utk 2,3 hari...hehe

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.--------> hari guru bagi saya pen merah je boleh?

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat---------> ya,banyak gila meeting..kalah YB....ha,tahun ni aku jadi ketua rumah merah!!ngaaaa...

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran----------->hahahaha...betul sangat.kursus sana,kursus sini....especiallly tahun ni stat KSSR...lagi banyak kursus kena gi

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan------->nak tambah sikit---train murid choral speaking,kawad kaki...

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..



amacam, banyak tak kerja2 cikgu...hehe..diulang sekali lagi..this is not to merungut2 and berkeluh kesah!!BIG NO!!!saya just nak share menjadi seorang perlukan keikhlasan yang sangat tinggi...ya,mengajar is our priority but at the same time, we need to do other things....setiap kerja ada kerja masing2 yang perlu diselesaikan...saya paham kita semua ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan...macam kerja opis, ada due kerjanya dan perlu kejar dateline.tapi rasanya mereka tak kan buat kerja lain kan. i mean, ade specific work yang you kena buat.but for teachers, unexpected thing can happen....


seriously, being a teacher is the best work that i ever done. before this, pernah jadi babysitter masa sem break, exhibition guide for da vincci exhibition at pusat sains negara, cikgu ganti for 3 months and now a real teacher....kita ada rasa lebih tanggungjawab dan rasa hormat murid pada kita sangat tinggi....the way we speak, the way we talk, the way we carry ourself, the way we teach, the way we wear from head to toe, students look at those things.....rasa kembang kalau murid tegur, Teacher cantik hari ni!! teacher,cantiknya baju.....ngaaaaa...nak marah terus tak jadi..haha...but yang penting, what we teach them should be beneficial and understandable..wah,ape aku cakap ni...huhu...nanti kalau ada anak, tengok2 kan la anak kat rumah ya..please, dont lepas tangan with your children. tengok kan apa yang dorang da belajar and help them to study...susah juga if semua depend on teacher.yes i know teacher the one who need to teach but, help from parents will make them understand better...dan lagi penting, sahsiah dan akhlak mereka...it's so sad to look youngsters nowadays are lack of respect to their teachers...


readers, i hope you can be a good parent =)....ngaaaaa, ending yang tak best.hahaha

Tuesday, April 12, 2011

syukur!! lulus interview SPP(suruhanjaya perkhidmatan pelajaran)


syukur alhamdulillah...semalam cek KAT SINI, saya dah lulus interview SPP....maknanya apa ya?
maknanya, saya officially dah jadi cikgu =)......
alhamdulillah, cita-cita dari kecik dah makbul....
ya,saya kena berusaha lagi untuk memantapkan teaching skill saya..
kena banyak belajar dari cikgu2 senior....
tadi masuk kelas rasa lain je...
dah rasa wow!! i am a real teacher now....alhamdulillah!!!
eh, habis selama ni kau bukan teacher ke?
hehe...
betul tue...before this saya hanya guru baru yang belum sah lantikan sebagai guru tetap..
masih lagi guru sandaran terlatih..
ala kalau dalam medic term, saya ni masih dalam housemanship..cuma HS 2tahun kan..
guru sandaran ni tak tentu..bergantung kepada cepat atau lambat kita di interview, menjalani kursus induksi dan lain-lain...
lepas ni, tinggal tunggu surat tawaran and proceed dengan procedure2..
alamak apa ek? rasanya macam wat medical cek up, hantar borang tapisan keselamatan..erm tapi tue semua da wat dulu..tinggal tunggu surat and wat ape yang disuruh nanti...harapnya semua berjalan lancar and akak kerani dapat setelkan cepat.hehe..

ok, sila semak keputusan interview SPP anda DI SINI yaaa...all the best untuk semua...

Monday, April 11, 2011

video: shahir - luar biasa official video clip



waaaa...ade rupanya official video clip adik shahir...pandainya berlakon!!!
saiko gilo ko dik....ko jangan gantung muka akak pasni dahla..hehe
tak sangka adik shahir pandai berlakon..cayalah dik..
eh ada tasha dilla..cantik minah ni..tapi hope sangat tak berlakon cerita jadi gedik/penjahat/
cian dia..nanti kena benci.hehe

Friday, April 08, 2011

Aku menyesal kahwin . . .


haha..comel je rasanya cerita ni.cerita seorang suami menceritakan kemenyesalannya kahwin [dot dot dot] .....ikhlas betul pengakuannya..hehe

231040.9.3_u

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)


huhu...comel betul cerita ni...tadi terbaca kat FB...dah mintak permission kat saudara nii...jom terjah FB die. Tuah Mohd Bakheet..klik SINI


NI yang aku rasa menyesal tak kahwin2 lagi ni.haha!!ape kaitannya..patutnya suka la kan.mintak-mintak bakal suami aku tak camni.miahahahaha..


tapi camne kalau aku yang berada kat tempat si suami.maksudnya bakal suami aku yang wat kerja seorang isteri.kemas rumah, bangun awal,kejut aku bangun???waaaa malu weh!!!!hahahaha..tapi I tak macam ni ok.hehehe...tapi tu la, mesti kita nak bakal suami tu bagus agamanya, boleh pimpim kita hingga masuk syurga dan bukan setakat menjalankan kewajipan suami kat dunia. saya nak bakal suami yang macam ni. yang ajak saya solat berjemaah, pergiu surau, dengar bacaan al-quran saya dan bukan sebaliknyaaa..nauzubillah!!harap saya dapat bakal suami yang macam ni...yang paling penting agamanya dan dari segi lahiriah, harap sangat die bukan seorang smoker...waaa,susahnya nak jumpa orang yang tak hisap rokok!takpe...saya tahu.saya akan jumpa awak juga...apa2 pun, kalau nak suami macam ni, diri sendiri juga kena baik.


kalau nak lelaki soleh,

kita kena jadi solehah

kata-kata ustaz pahrol mohd joi



erm, baiklah!!!! saya tahu, kita semua boleh melakukannya...ganbatteeee!!!!bakal2 isteri, mari mempersiapkan diri.hehe..

p/s: owner blog ini masih bujang =p



Thursday, April 07, 2011

terharu dan pelik! hari-hari referral dari blog mia liana tinggi

kak mia liana, akak caya tak kak?masa saya tanya akak tadi, baru je 18...tiba2 dah jadi 27...waaaa...terharu sangat2...thanx ya kak.tapi memang pelik..hari2 tinggi tau...i mean more than 20...sebab tu saya boleh tersampai blog akak...maaf ya kak.saya perasan blog akak pun sebab ramai yang singgah dari sana.tue yang saya pergi blog akak....ingatkan akak ada review saya ke apa ke kan...tapi takde pun..huhu.pastu esoknya pun mesti ramai gak..waaa aneh!!!tapi saya suka...ehehehe...thanx banyak2 ya kak...tak tau la apa puncanya!!!misteri!!!!hehehe

jom terjah kak mia liana =)

video & lyrics:tiz zAqyah dan yasin, nur kasih the movie OST





LIRIK:

Tiz Zaqyah

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Tiz Zaqyah/Yassin

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Ya nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Nur nur kasih
Nur nur kasih

Wednesday, April 06, 2011

preview: Mei 2011: Contengan Jalanan




Dapatkan awal di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 April ~ 1 Mei 2011 di gerai JS di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.


Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan
ISBN: 978-967-5118-53-1

Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)
RM24.00 (Sabah/Sarawak)

Baca bab awal - Fend - K2

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.


huhuhuuuuuuuu...i loiikekeeeee..da lama tunggu her new novel...to hlovate, miss you so much..

Kim Bum, Boys Over Flower's actor transforms into a modern 'Ken' for GQ Korea

satu, dua, tiga!!!
cik adik kim bum ...
congratz to be selected as KEN Barbie!!!
weeeeeee......
proud of you adik!!!hihi

memang layak sangat adik jadi KEN!!



Berita ni dapat dari sini: sila baca ek...


Kim Bum turned into a ‘dandy’ for men’s lifestyle magazine, ‘GQ Korea‘.

The actor had previously won the ‘Ken award’ at the ‘2010 Barbie & Ken Awards‘ for best representing Korea’s ‘Ken’ with his sparkling skin and small face.

On March 24th, the star revealed his GQ photoshoot, which tried to capture Ken’s fashion sense throughout the years, but with a modern twist. In the revealed shots, Kim Bum is wearing modern ‘dandy’ suits, with his hairstyle rivaling that of James Dean’s.

A representative for ‘GQ Korea’ stated, “Ken has many images that were shown in fashion as well as in movies, so we were inspired by him to reinterpret the popular and well-recognized actor, Kim Bum“.

Kim Bum is currently reviewing synopses for a new role.



Kim Bum, bila nak datang Malaysia?? Akak tunggu adik ya..even adik dalam BOF watak tambahan, akak tetap sokong adik...


go go go boy!!!!! bila nak jadi hero ni? selalu jadi supporting actor je kan?huhu...

Tuesday, April 05, 2011

pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2011


sob sob sob!!!!tahun ni lambat betul update pasal bookfair...kalau tak, muka ni la yang rajin update pastu menghabiskan duit kat bookfair beli novel dan buku-buku...miahahaha!! tahun ni tak excited sangat sebab geng2 gi bookfair dah takde...rindunya huda, jiah,husna, mona dan lain-lain sebab kitorang ni memang selalu update dengan bookfair.muka kami gakla yang selalu tercongok kat sana.hahahahaha...sebab bookfair jugakla saya kenal dengan lebih rapat warga kerja JEMARI SENI SDN BHD.....hehehe..


info pesta buku antarabangsa 2011:

tarikh : 22 april - 1 may 2011

masa : isnin - khamis : 10:00 am - 8:00pm

jumaat - ahad : 10:00 am - 9:00 pm

tempat : pwtc, kuala lumpur

pengangkutan awam yang terdekat : STAR LRT - turun di Stesen PWTC

KL MONORAIL : turun stesen titiwangsa

bus - tak tau....hehe


kenapa anda kena pergi PBAKL2011???


WAJIB ya anda ke sana sebab buku2 murah2..haha..dan kalau betulla anda bookworm tegar, anda pasti tidak akan lepaskan peluang ini.dan disinilah, pencinta2 buku akan berkumpul dan dengan rakusnya membeli buku2 tanpa berkira...ha,kalau shoping korang mampu.kalau shoping buku, mampu tak?? jangan berkira ok dengan ilmu.hehehehe...

dah lama ke saya join PBAKL??


ooo haruslah yang!!!! tak pernas miss sejak sekolah menengah lagi.siap dulu masa belajar kat maahad, aku suh abah datang amik naik rusa sebab kawan2 semua nak tumpang.miahahaha...abah memang best!! sanggup datang dari keramat gi kajang pastu hantar gi pwtc lak...padahal pwtc nagn rumah tu sekangkang semut je...haha!!! tenkiu abah!! i love you..eh ade memori lagi dengan abah!! dulu masa sekolah rendah batak gila dengan buku cerita siri KENARI...ajak abah gi minerva borong sampai 10 buku. satu rm5.50...kalo seploh?ha kira sendiri..haha.dulu kira mahal la gak beli novel sampai 50ploh hengget!! pau duit abah lak tue..tapi abah tak berkira pun.miahahaah...dulu sapa2 yang ada buku siri kenari, memang kompem pemes kat skola sebab dia ada member card and buku2 dia best2..haha



sebenarnya, makin tua ni, dah malas nak beli banyak2 buku sebab kompem aku tak baca. kesempitan masa la derr...huhu.ah!! itu semua alasan kau je kan...hehe.tapi seriously memang best gila gi bookfair.sebab leh jumpa novelis...weeeeeeeeeeeeeeeee..macam jumpa artis tau...selalu baca novel dorang je, pastu bila jumpa face to face rasa cam wow!!!! orang ni rupanya yang wat cite yang best tue...pewwwittttt!!!!!


ok, moh kito ke bookfair ya kawan2.sape2 yang rasa nak pinjamkan novel dia kat aku eh saya, meh la bagi ya..hehe..


Monday, April 04, 2011

shaheizy sam dan teman wanita di ABPH2010

waaaa...jangan tak tau...
eh ape yang taunya ni?
laaa..xkan tak tau kot...
shaheizy sam dan teman wanita dia..
huh???
shaheizy sam ada teman wanita??
kenapa tak tau???
pastu dia bawak teman wanita dia gi ABPH2010 ke???
sampai ati koraannnggggg..
sob sob sob!!

ha, kalau nak cari sapa teman wanita shaheizy sam,
tak ada kat sini ok...
haha..
tengok keywords harini,
ada orang search
shaheizy sam dan teman wanita
miahahahahaha..



sorila derrrr..
i tak buat segmen gosip2 kat blog ni...
hehehehe...
maybe dulu pernah wat entri
SAYA PERNAH PONTENG SEKOLAH AGAMA SEBAB SHAHEIZY SAM..
tue yang keyword shaheizy sam termasuk kat sini..hehe..



http://4.bp.blogspot.com/_NVOq1iFHf_4/TTGf_JMMsYI/AAAAAAAAAdY/c0zfii1Pjl8/s1600/shaheizy%2Bsam.jpeg

p/s: ape kaitan dengan ABPH2010??
OO takde kaitan pun..saja je nak letak...
hehe

congratz ya abang shaheizy sam...
ingat tau,saya pernah ponteng sekolah agama sebab abang..
tapi dun wori..alhamdulillah saya berjaya gak masuk sekolah agama =)

Pracetak Mei 2011: Baju Melayu Hijau Serindit

Pracetak Mei 2011: Baju Melayu Hijau Serindit

COVER-BajuMelayu-web

Dapatkan awal di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 April ~ 1 Mei 2011 di gerai JS di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.


ISBN: 978-967-5118-59-3
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)
RM22.00 (Sabah/Sarawak)

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah

source: JEMARI SENI SDN BHD

Sunday, April 03, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


mak ai...seribu tue...mau patah jemari runcing encik ben copy paste.hehe

sape2 yang nak joing, sila klik sini k---------->SINI

aimanazlan90: berdakwah melalui vlog

assalamualaikum semua...hari yang indah...matahari memancar terang..wah takde bakat nak berpuisi2 tengahari panas ni.hehe..alhamdulillah syukur.jumpa gak vlog muslim from Malaysia yang ditunggu2..i mean yang berdakwah through vlog...malam tadi duk layan2 FB, ada sorang junior post dekat FB die. ingatkan vlog ni orang2 arab or macam ASK ALI BABA, rupanya vlogger ni orang melayu..nama adik ni, aiman azlan dan channel die kat youtube, aimanazlan90.kira umur dia 21 tahun...erk, vlogger2 yang teror ni memang lahir tahun 90 ek?macam matluthfi90.inianwarhadi pun lahir tahun 90 ke?huhu


mula2 ingatkan excuse2 yg orang suka bagi.rupanya, ha ni macam pandangan orang2 yg berilmu pada orang2 yang tak buat apa yang ALLAH suruh...sangat halus pendekatan dia.style dia macam bagi tazkirah tapi dia wat vlog...video ni terbaru dari dia tapi yang view, mak ai,ramai gak..huhu





dia ada selit2kan dengan cerita nabi...dan ini adalah contoh2 kreatif dan terbaru bagi tazkirah or ceramah melalui vlog...ASK ALI BABA pun macam ni gak style dia tapi bangga dengan muslim from malaysia yang wat camni.so takdela rigid sangat dan semakin berkembang dakwah dia.1 dunia boleh view video ni...jadi ustaz2 or ustazah boleh la wat camni jugak...


ni ucapan dia untuk adik2 mrsm




aiman azlan pun seram gak mula2 nak wat vlog ni...samela dengan kita kan, kalau nak buat benda2 baru tue, rasa ade je yang menghalang..



pandai die kupas isu ni..hehe...semangat dia sangat tinggi. sanggup pinjam kamera kawan, set up tempat and itu semua penting dalam nak berdakwah..takleh bagi excuse kalau nak wat something.



video dia tak banyak lagi..baru je start wat vlog ni...jom sama2 kita sokong dia.so dia akan terus bersemangat nak berdakwah through vlog and kita semua tak kan ada excuse lagi nak dengar ceramah or ilmu2 agama...


pastue comel je pakai snow cap color oreng and ada sticky note :/
sangat coool....hihi




biodata ringkas aiman azlan:

@ 8th generation of MRSM Langkawi......hebat!!!

@ currently further his study in University of Toronto, Canada in Biology and Psychology..sangat cool adik ni...hehe.

tau ni je...haha.asal mana adik beradik berapa orang idak ler teman tahu..hehe.


cara nak hubungi aiman azlan:

# FB page: Aiman Azlan

# blog: http://ibnuazlan.blogspot.com/

# yotube channel : aimanazlan90


yang saya perasan, malaysian yang belajar dekat overseas, tarbiah dia lagi kuat. malu dengan malaysian yang duk dekat negara Islam tapi tak praktis kan benda2 ni...mungkin saya salah...


pesanan kepada aimanazlan...keep up your good dakwah dik.....jadilah vlogger yang terkenal diseantero dunia....sangat kagum ada yang menggunakan medium technology untuk wat vlog yang boleh menyebarkan dakwah....dont give up dik...


p/s: tak perlu untuk menjadi ustaz or ustazah untuk berdakwah kerana diri kita sendiri adalah khalifah di muka bumi ALLAH ni

Saturday, April 02, 2011

preview: Mencari-Suami@JS.com

April 2011-1: Mencari-Suami@JS.com

ISBN: 978-967-5118-58-6
Harga: RM22.00 (Sem. M'sia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 15 April 2011
Bijak sungguh NORMASLINA MASRI membawa anda ke sana ke sini dalam Mencari-Suami@JS.ComThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Genius sungguh ideanya, anda ingin mencuba caranya? Dipersilakan!

Baca bab pertama

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum 15 Oktober 2010.

Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...
 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork