Wednesday, December 16, 2009

bahagia???

betul ke kalau kita tengok orang bahagia...
"eh,bestnye orang tu"
"bahagianye die"
"anak isteri cantik..pandai....kaya...mewah"
"sesuaila dorang 2"
"erm,takde masalah pun dorang kan"

selepas satu kejadian,buat saya sedar dan insaf sangat
saya seorang yang judgemental(suka nilai orang..betul ke istilah saya ni)
saya suka tengok luaran orang
maksud saya..
jika luarannya baik
elok
BAHAGIA
saya berasakan itulah kehidupan seseorang
namun
saya silap
siapalah kita untuk menilai orang
jujur
saya sangat mudah mengagumi kebahagiaan orang
bukan kerana saya tidak bahagia
saya sangat bahagia dengan keluarga saya
saya sayang mak abah,adik-adik,kawan-kawan saya
syukur...saya bahagia bersama mereka

saya terkejut
kesedihan boleh melawat kebahagiaan itu
tidak kira sebahagia mana mereka sebelum ini
semewah mana mereka sebelum ini
secantik mana isteri anak mereka sebelum ini
lawatan yang tidak diketahui bila akan pulangnya kesedihan itu

saya akur
saya insan yang lemah
doa
usaha
tawakal
yang mampu saya titipkan
semoga

keBAHAGIAAN

menjadi milik semua
dunia dan akhirat
amin ya rabb al-amin

Saturday, December 05, 2009

pesta buku alaf 21 yg ke 7





erm,ahad ni nak pergi pesta buku alaf 21
tak pernah pergi
tu yg rasa nak pergi
rasanya tahun ni suka betul carik pesta buku
1.warehouse MPH di kelana jaya
2.pesta buku selangor
3.pesta buku antarabangsa

secara jujurnya
tak banyak buku pun yang beli
tapi sukala suasana tengok orang beli buku
masa tu nampak macam semua orang khusyuk nak cari buku baru


untuk pesta buku ni,da plan nak beli ape da



suka sangat cover die (retrieved from bikashnuridris.b.c)

da pernah beli tapi hilang tak tau kat mane

saja nak buat koleksi


buku terbaru abang RAM =) (retrieved from alaf21.com.my



sebenarnya macam banyak lagi nak beli
tapi malas nak upload gambar
hehehehe
tengok bajet gak
buku less dalam 30%
kalau 1 buku = rm19.90
kena bayar dalam rm14

tengok dalam website alaf21,ramai yang pergi
booth tak bukak lagi orang da beratur
uix,kalau pergi hari ahad,lagi la ramaikan
ish..ish..

harapnya dapatla beli buku-buku tu
o__O



 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork