Saturday, July 24, 2010

dialog cikgu dan anak murid 1

Murid A: cikgu cikgu cikgu!!!apa dia bintik merah kat bawah mulut cikgu tu?

Murid B: haahla cikgu..ade bintik merah...

Cikgu S: ha, bintik ape ni...(sambil2 pegang muka)

Murid C: eh korang...tu jerawat la...cikgu,tu jerawat kan?

Murid D,E,F,G,H,I,J,K,L,M: mana-mana...nak tengokkkk!!!!!!

Cikgu S: -_______-

tiba-tiba:

murid O: eh cikgu...kenapa bibir cikgu tu....ada warna pink?????

Cikgu S: T_______T

adoila anak-anak murid sekarang...cikgu S tu da la tak pernah pakai pape....baru je letak color pink sket kat bibir dia...kamu sume da kecoh...belum lagi cikgu S calit sana,calit sini...tepek sana,tepek sini...huhuhuhu....pasni cikgu S nak letak color purple plak...
T_____T.....

Friday, July 16, 2010

sweet sour resensi


retrieved from Jemari Seni Publishing

Judul buku : Sweet Sour

Penulis : Nasz

Penerbit : Jemari Seni Publishing

Harga : RM 21.00

Bilangan muka surat : 570

Beli di: Pesta Buku Selangor 2010, PKNS, Shah Alam


da lama tak buat resensi buku.bahana tak boleh tidur malam,saya ambil kesempatan ni untuk menulis sedikit resensi.tajuk yang sangat masam-masam manis.hehe...sweet sour ni boleh dikatakan masam manis kehidupan yang macam-macam ada tapi dalam cerita ni, penulis da tetapkan sape yang manis dan sape yang masam :-p...yang manis, Zarul yang sangatla sweet dan yang masam, Joe Jambul yang sangatla boleh buat kita sesak nafas...

mula-mula baca, mesti rasa bila la Zarul ni nak kahwin dengan Alia. macam belangkas habis tapi mereka tetap membina hubungan yang berlandaskan atas nama kawan.tak paham jugak kenapa mereka ni tak couple, tak declare tapi tak kisahla kan sebab last2,Joe tu yang dapat.ha 2la sape suruh lambat sangat tapi sebenarnya,Zarul tu yang tak pilih Alia...OH tidaakkk!!!masa ni sangat terkejut sebab Zarul bagi kad kahwin dia pada Alia dan takde perasaan langsung masa bagi kad kahwin tu..waaaaaaaaaa..sedihnya sebab paham tau perasaan Alia masa ni.punyala menyulam rasa,memendam perasaan pada Zarul tapi Zarul takde perasaan rupanya pada Alia.macam tak caya la kan sebab masa dorang tu berkawan baik,sangatla loving habis dan tak macam best friend.huhuhu...dan rupanya ada sebab kenapa Zarul tu kahwin dengan orang lain.

dan tiba-tiba keanehan berlaku.Zarul meminang Alia untuk abangnya Joe.baiknyala kan pinang ex-awek tak jadi untuk abang sendiri.oh ya...Joe ni pernah je terserempak ataupun ada pertemuan antara Joe dan Alia tapi Alia tak ingat sebab terjumpa balik dalam 2,3 tahun jugakla...Alia terima je pinangan tu sebab konon2 nak dekat dengan Zarul..mak ai,curang terang2an dengan adik ipar sendiri sampai sanggup mengaku dekat Joe tu yang dia suka kat Zarul.Joe redha je la sebab dah dia suka sangat dekat Alia tu...tiba-tiba teringat pesan mak.mak cakap,biar orang yang suka kita dulu..dan dia tak kan tinggalkan kita untuk orang lain.sebab kalo kita je yang suka lelaki tu dan orang tu tak suka kita,susah sikit nak develop rasa suka 2.lain bezanya kalau laki yang suka sebab lama2 sure perempuan cairkan??kan?kan?hehe..tibe ada selingan pesanan emak..huhu..eh Alia tu takdela curang apa cuma lambat sikit dia nak develop rsaa sayang dekat Joe.tapi Joe ni bijak.ada saja cara dia buat untuk ambil hati Alia.kira sweet jugakla...

cerita ni penuh gak dengan unsur2 suspen.tiba2 ada orang blackmail Alia tinggalkan Joe sebab kalau Alia tak wat macam tu, orang tu akan bocorkan rahsia Alia dimana si Zarul ni pernah datang rumah Alia dan Joe masa Joe takde.darurat alasan Alia sebab masa tu dia sakit dan family dia jauh dekat Terengganu.dan nanti ayah Alia boleh kena heart attack kot kalo Alia tak tinggalkan joe.ada lagi,orang yang blackmail Alia tu,kekasih gelap suami best fren Alia,Hanim.kalau Alia ikut cakap dia, perempuan tu tinggalkan laki Hanim..wah sangat complicated.sampai Alia hidup tak menentu masa kena blackmaildan ada pakatan-pakatan dalaman yang sangat mendebarkan.tak kan sangka dalangnya adalah orang itu.waaaaa...sangat terkejut(padahal da tak terkejut sebab skip2 baca akhir dia dulu)..ampun ya Nasz..hehehehe...dan ada gak rahsia besar yang akan terungkai.dan kalau nak tahu,bacala ya...dan bagus jugak ada blackmail tu sebab masa tu barula Alia sedar yang dia suka kat suami dia.cis,ada ke orang benci suami sendiri....

dan yang paling lain dari yang lain,Joe bukan hero yang sangat sempurna.dia agak spoil sebab dibesarkan dalam kemewahan dan pernah hidup bebas diluar negara..selalu tukar2 perempuan dan agak menarik bagaimana penulis mampu membuatkan kita seolah2 boleh menerima Joe sebagai seorang hero..Joe memang insaf seinsafnya sebab dia da jumpa Alia dan berubah 360darjah semata2 untuk Alia......tapi kalau kita berada ditempat Alia,tak taula dapat terima ke tak Joe ni...nauzubillahh!!!

okla...cerita ni wajar dibeli sebab saya sukakan writing style penulis.sangat simple,sempoi,tak poyo dan straight to the point.da lama saya tak jumpa buku yang saya sayang nak lepaskan.mula baca pukul12malam dan sedar2 da pukul 3:30 pagi..saya baca masa orang sibuk tengok final world cup..hehehehhehe......percayalah!!!!mesti pembaca tak kan lepas walau sesaat untuk berhenti daripada baca cerita ni....

sapa2 nak order pun boleh dengan klik di website Jemari Seni

saya bagi 4.9 *** out of 5....hehehe..selamat membaca =)

blurp!!

AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!


Saturday, July 10, 2010

happy birthday mak =)


post terlambat sehari...maaf ya mak..hehe
happy birthday to you
i love you mak
erk.gambar lama rupanya
nanti elly beli kamera ya mak =)

kenapa saya sayang mak saya?
sebab mak yang lahirkan saya
sape2 yang tak pernah melahirkan,mesti tak dapat nak bayangkan..
susah payah mak lahirkan kita
pregnantkan kita...
jaga kita siang malam...
besarkan kita..
mak sangat hebat sebab dapat jaga 6 orang anak..
tak taula nanti kami dapat jaga emak macam mak jaga kami
insyaALLAH,kami boleh!!!

macam-macam saya kongsi dengan mak..
dengan mak,saya tak leh tipu apa2...
suma dia tau..
susah senang saya masa belajar dulu,
jatuh bangun saya bila kecewa..hehehe(malu malu)
mak banyak bagi nasihat..
nasihat tu biarla saya simpan sorang ya.. =p
mak tak pernah jemu dengan kami...
mak mampu layan kami sama rata
mungkin sebab mak seorang cikgu,mak pandai nak handle kami semua....

akhir kata,
elly sayang mak..muaxxx

Tuesday, July 06, 2010

keputusan yang tidak pernah silap

alhamdulillah.....inilah satu-satunya keputusan yang tidak pernah silap saya lakukan.iaitu menjadi seorang guru..inilah cita-cita yang saya impikan sejak dari kecil lagi..bila tengok cikgu mengajar,emak pergi sekolah bersiap-siap untuk ke sekolah,saya da tanam dalam diri yang saya memang nak jadi cikgu...saya tak dapat bayangkan apa saya akan jadi jika saya tak jadi seorang cikgu....

antara sebab lain saya nak jadi cikgu sebab saya suka budak-budak..saya suka tengok gelagat mereka yang sangat suci,tulus,comel, dan satu yang paling tak disukai cikgu adalah apabila mereka nakal,tak dengar kata,tak buat kerja rumah dan sebagainya....tapi itulah budak-budak..apa yang kita tak suka itulah yang mereka buat...itu terpulang kepada mana-mana guru nak menangani masalah macam ni tapi apa yang saya tahu,at the end apa yang jadi dengan mereka..bak kata kawan saya,kita mengajar mereka untuk memanusiakan mereka,bukan untuk alamak tak ingat...haha..sebab saya tengok kadang2 cikgu2 terlalu mengejar kejayaan mereka dan terlupa untuk memanusiakan mereka...dan saya sedar..tugas cikgu sangat hebat dan besar terutama diawal pendidika.cikgu sekolah rendah sudah patut memikirkan akhlak,sahsiah dan murid2 ni.....

semasa praktikal dulu,saya berkesempatan untuk mengajar di sekolah no 1 di kuala lumpur.alhamdulillah...sangat mudah mengajar mereka....cuma dari segi class control dan aktiviti2 yang mencabar perlu disediakan untuk mereka.dan ironinya,untuk cikgu sementara kali ini,saya ditugaskan mengajar dan menjadi guru kelas kepada kelas terakhir....masyaALLAH,dugaan dia sangat hebat....kita seringkali dimomokkan dengan kelas akhir yang dikatakan nakal,tidak begitu pandai dll......penat dan memang sangat penat dan tambahan pula,mereka adalah murid tahun 2...ampun,sangat menduga kesabaran..jujur,saya tak tau macam mana lagi nak control mereka.hanya dengan menjadi tegas dan garang,mungkin itu caranya...oh ya!!mereka terbahagi kepada mereka iaitu kelas pemulihan....separuh akan masuk kelas pemulihan dan diajar oleh guru pemulihan.saya akan mengajar sebahagian yang lain.dan mereka alhamdulillah boleh dikawal dan mahu belajar....

ini adalah cerita yang membuatkan saya hampir menangis di dalam kelas tadi..bukan kerana kesedihan tapi kerana kegembiraan....rasa nak peluk saja anak murid yang boleh menjawab dan menyelesaikan matematik tadi....sebabnya saya telah menukar strategi pengajaran di mana saya memberi sedikit formula dan tidak hanya bergantung kepada drilling...dan mereka dapat melakukannya...dan saya sedar,seorang cikgu kena mencari titik kekuatan muridnya dan diri cikgu itu sendiri....dan banyak homework bagi seorang cikgu perlukan untuk menangani masalah-masalah ini.dan pengalaman turut membantu seorang guru untuk membantu anak2 muridnya....

ya ALLAH,saya sangat sayangkan anak2 ini....walaupun mereka kelas terakhir namun saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar.dan yang mmbuatkan saya terharu,ada seorang murid yang tidak mahu belajar,telah berubah dengan berjumpa saya dengan membawa bukunya dan berkata "cikgu,tolong saya...macam mana nak buat ni"..mungkin kerana dia melihat rakan-rakannya yang lain turut semangat untuk belajar membuatkan dia turut sama untuk belajar...dan saya tahu,satu hari nanti,mereka akan berjaya..mungkin akan menjadi seorang yang lagi berjaya dari saya...itu impian saya...dan mungkin,satu hari nanti ada diantara mereka akan menjadi rakan sekerja saya....kita tidak boleh menilai mereka berdasarkan kemampuan mereka di dalam pelajaran sahaja...saya tahu,mereka boleh!!!!!!!!!!!

cikgu doakan anak2 murid cikgu semua berjaya dunia akhirat.....cikgu sayang kamu =)

Thursday, July 01, 2010

fuuuhh~~~


they're cool!!!!!
just watching Mr & Mrs Smith
they're alike =)
 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork