Monday, September 14, 2015

Setahun Sekali Update....

Assalamu'alaikum and hi to all...

 Ya Allah... Apakah yang telah aku lakukan ni oooiiiiiiiiii.... Bukan main make over blog, lepas tu diam terus... hahahahahahaha... Travel la sangat kan. hihihihi...


Actually, yang jadi semangat balk ni sebab jeles tengok kak aina ada blog baru. Jeles tau.... Rajin betul kak Aina update. Sangat ilmiah dan penuh info mengenai home schooling. Siapa-siapa yang berminat sila lah ke blog beliau ya...

Alhamdulillah... after 1 year lebih tak berupdate langsung blog ni, many things have changed in my life. Alhamdulillah, the biggest thing is, saya dah kahwin.. Antara nikmat yang Allah berikan kepada saya. Syukur alhamdulillah. Tak sangka cepat je masa berlalu. Dalam tempoh berhibernasi ni, banyak benda setel. 

Kahwin pun da kahwin. Tapi kami berasa jugakla PJJ dalam 7 bulan. Every weekend barula cik abang kita balik jumpa kita. hihi.. Eh lama jugakla 7 bulan tu. Bersulam air mata jugakla... haha. Part paling sedih of course la ada kan. Tapi biar la jadi rahsia kami.. hahaha... Alhamdulillah, sehari sebelum puasa cik abang dah mula kerja di tempat baru. Allahu akhbar. Cantik betul planning Allah. Dia bagi saya sedih-sedih dulu sebelum tu, then Dia bagi Allah dekatkan saya dengan suami saya. 

Life lepas kahwin beza tak dengan sebelum kahwin? 
Of course la cik kak cik abang oi... Sebelum ni sibuk fikir diri sendiri dengan mak abah and adik-beradik sendiri. And now I have to think of my husband and his family too.. So far, takde la drama ibu mertuaku ke(nauzubillah), suamiku en sotong ke(nauzubillah) and so on. Life still as usual, just kena jaga maruah suami, keluarga sendiri dan keluarga mertua... 

Rugi tak kalau tak kahwin?
Hahahahaha rugi dik oiiiii.... Dah kahwin ni insya Allah senang je nak dapat pahala. Pandang suami dengan kasih sayang insya Allah dapat pahala, teringat dia dapat pahala, jaga makan minum pakai dia insya Allah pahala. Tepuk manja ke jeling manja ke insya Allah tu pun pahala. hahaha... Tapi jangan pulak kau pukul laki kau, jeling dia macam nak telan walau kadang akak ada jugak rasa nak buat macam tu... hahahaha.. alamak, tengok abang ko tidur ni rasa kesian, rasa kasih sayang meluap-luap pulak.. muahahaha... abang, sorry abang... i love you abang. hihi...

Fuhhhhh... memang balas dendam betul da lama tak update blog. Pergh, dari seorang blogger tegar boleh akak korang ni bertahun-tahun tak update.. kikiki... Pelan-pelan kayuhla ya. Lagipun rasanya dunia blogging macam da slow sikit kot. Semorang sibuk dengan IG, whatsapp, twitter la and bla bla bla... Akak pun memang da lama tak baca blog ni. Acah-acah busy la konon..haha

Hopefully, semangat nak berblogging ni tak luntur dan hilang terus. Sebab bila blogging boleh rasa otak ni berkembang sikit... sekembang orangnya..haha..

Okla... sebelum akak tutup entry ni, akak payung gambar kahwin akak... Jangan cakap akak tak payung...hehehe


Nampak tak bridesmaids yang hover tu?
Photographer rasmi akak... Basha Pixcers




5 comments:

AdH said...

Cantik gambar :)

Kira Sakura said...

nasib tak update bila dah setahun kawen kihkihkih

kira PJJ setahun tujuh bulan kak. uwais setahun empat bulan pjj dengan abi dia. dugaan ujian tu Allah je yang tau huuuu

Elly Jade said...

kak aina.... terima kasih kak..muaaaaa

Elly Jade said...

kira....wuwuwuwuw betul tu dik. 7 bulan tu kalau ikutkan apa la sangat kan
alhamdulillah kita da lalui sangat suka duka.....

Lydia Miza said...

Wahh update pun

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork