Tuesday, July 06, 2010

keputusan yang tidak pernah silap

alhamdulillah.....inilah satu-satunya keputusan yang tidak pernah silap saya lakukan.iaitu menjadi seorang guru..inilah cita-cita yang saya impikan sejak dari kecil lagi..bila tengok cikgu mengajar,emak pergi sekolah bersiap-siap untuk ke sekolah,saya da tanam dalam diri yang saya memang nak jadi cikgu...saya tak dapat bayangkan apa saya akan jadi jika saya tak jadi seorang cikgu....

antara sebab lain saya nak jadi cikgu sebab saya suka budak-budak..saya suka tengok gelagat mereka yang sangat suci,tulus,comel, dan satu yang paling tak disukai cikgu adalah apabila mereka nakal,tak dengar kata,tak buat kerja rumah dan sebagainya....tapi itulah budak-budak..apa yang kita tak suka itulah yang mereka buat...itu terpulang kepada mana-mana guru nak menangani masalah macam ni tapi apa yang saya tahu,at the end apa yang jadi dengan mereka..bak kata kawan saya,kita mengajar mereka untuk memanusiakan mereka,bukan untuk alamak tak ingat...haha..sebab saya tengok kadang2 cikgu2 terlalu mengejar kejayaan mereka dan terlupa untuk memanusiakan mereka...dan saya sedar..tugas cikgu sangat hebat dan besar terutama diawal pendidika.cikgu sekolah rendah sudah patut memikirkan akhlak,sahsiah dan murid2 ni.....

semasa praktikal dulu,saya berkesempatan untuk mengajar di sekolah no 1 di kuala lumpur.alhamdulillah...sangat mudah mengajar mereka....cuma dari segi class control dan aktiviti2 yang mencabar perlu disediakan untuk mereka.dan ironinya,untuk cikgu sementara kali ini,saya ditugaskan mengajar dan menjadi guru kelas kepada kelas terakhir....masyaALLAH,dugaan dia sangat hebat....kita seringkali dimomokkan dengan kelas akhir yang dikatakan nakal,tidak begitu pandai dll......penat dan memang sangat penat dan tambahan pula,mereka adalah murid tahun 2...ampun,sangat menduga kesabaran..jujur,saya tak tau macam mana lagi nak control mereka.hanya dengan menjadi tegas dan garang,mungkin itu caranya...oh ya!!mereka terbahagi kepada mereka iaitu kelas pemulihan....separuh akan masuk kelas pemulihan dan diajar oleh guru pemulihan.saya akan mengajar sebahagian yang lain.dan mereka alhamdulillah boleh dikawal dan mahu belajar....

ini adalah cerita yang membuatkan saya hampir menangis di dalam kelas tadi..bukan kerana kesedihan tapi kerana kegembiraan....rasa nak peluk saja anak murid yang boleh menjawab dan menyelesaikan matematik tadi....sebabnya saya telah menukar strategi pengajaran di mana saya memberi sedikit formula dan tidak hanya bergantung kepada drilling...dan mereka dapat melakukannya...dan saya sedar,seorang cikgu kena mencari titik kekuatan muridnya dan diri cikgu itu sendiri....dan banyak homework bagi seorang cikgu perlukan untuk menangani masalah-masalah ini.dan pengalaman turut membantu seorang guru untuk membantu anak2 muridnya....

ya ALLAH,saya sangat sayangkan anak2 ini....walaupun mereka kelas terakhir namun saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar.dan yang mmbuatkan saya terharu,ada seorang murid yang tidak mahu belajar,telah berubah dengan berjumpa saya dengan membawa bukunya dan berkata "cikgu,tolong saya...macam mana nak buat ni"..mungkin kerana dia melihat rakan-rakannya yang lain turut semangat untuk belajar membuatkan dia turut sama untuk belajar...dan saya tahu,satu hari nanti,mereka akan berjaya..mungkin akan menjadi seorang yang lagi berjaya dari saya...itu impian saya...dan mungkin,satu hari nanti ada diantara mereka akan menjadi rakan sekerja saya....kita tidak boleh menilai mereka berdasarkan kemampuan mereka di dalam pelajaran sahaja...saya tahu,mereka boleh!!!!!!!!!!!

cikgu doakan anak2 murid cikgu semua berjaya dunia akhirat.....cikgu sayang kamu =)

8 comments:

Nisa Fazil said...

kita seringkali dimomokkan...

cayalah jid..mantap bahase...kalah cikgu bm..he3...

Elly Jade said...

haha
ak cikgu BM kot skrg...hehehehhe

JENAB AND JANE said...

uihh i takott ade momok

jat said...

wahhhh majid!! sudah melangkah ke alam cikgu. tak lama lagi jadi cikgu tetap n melangkah ke alam cecikgu.. heheh.. idup majid!! ((lama tak jumpa majid))

Elly Jade said...

kejora~u takut ke?
hehe

jat~huhu..penuh cubaan jdi cikgu ni but i like it..da absorb da mood cikgu..sgt best da sonok =D

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

ak pon rase nak nages gak jid
patut la cikgu asyik tanya je lpas abes ngajar,
''ada soalan?''
soalan murid tu la plg penting feedback tuk ape y cikgu dh buat kan?
tp, ak still xde soalan.. adehh~~

Elly Jade said...

jana,betul 2
sgt pnting cikgu nk tau phm ke x ape yg die ajr
sbb bole wat follow up
ape yg ok,ape yg x ok
nk betulkn silap kt mane
huhu
doakan ak ya na

ayasofia said...

terharu-terharu.
semoga cik eli menjadi seorang cikgu yang berjaya membimbing anak-anak muridnya di dunia dan akhirat.
ni yang rasa nak jadi cikgu tadika ni ^_^

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork