Pracetak Mei 2011: Baju Melayu Hijau Serindit
Dapatkan awal di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 April ~ 1 Mei 2011 di gerai JS di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
| ISBN: 978-967-5118-59-3 Harga: RM19.00 (Sem. M'sia) RM22.00 (Sabah/Sarawak) |
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah
source: JEMARI SENI SDN BHD
2 comments:
cantik hijau serintik...gegar hati lihat org tersayang pki baju melayu tau..hihi
hehehe..btul 2 sis
sweet jer rasanya..hehe
ayah sye ada tp die segan nk pakai
sbb terang sgt..haha
Post a Comment