Tuesday, March 29, 2011

buffered earning baru..DIGI what's hot Justin Bieber


syukur alhamdulillah...dapat lagi satu BE...
Digi What's Hot Justin Bieber...
walaupun 2 minggu lepas dan minggu lepas jarang update, rezeki datang lagi...
semalam baru je nak merajuk dengan nuffnang sebab die da tarik 1 BE MAS MH BUDDY..
tapi nuffnang dah gantikan dengan adik bieber...oohhoooo..mekacih!!toceh!!! tocehhh!!!
adik bieber, tenkiu singgah blog akak ya..

macam mana cara nak menang:

How do I participate?
Step 1

Text JB to 2016 to purchase three (3) pre-determined CallerTunes™ by Justin Bieber at RM9.00 to stand a chance of winning!

Step 2
Follow the instructions in our text replies to send Justin Bieber CallerTunes™ to your friends and family.

Step 3
Users with the most CallerTunes™ sent to their friends and family will win.


HURRY! Competition ends 8 April 2011!


erm...lately rasa berat je nak blogging..
blogwalking pun da lama x wat..
setakat jenguk2 jiran2 kat bloglist 2 je...huhu
mari mencari mood berblog lagii..ganbatteee!!

Monday, March 28, 2011

CONTEST MENGEJUT!!

bertuah punya adik...die menang ticket voucher ni rupanya....huhu...
but he deserves it..apsal aku tau dia menang ticket movie ni??
sebab aku post slogan tue lepas nama dia...haha..

ok jawapannya dik non..
movie : HOP!!!!

ni slogan yang syafiq letak(syafiq x suh letak tapi aku nak letak gak)haha..

I want the the candy that include.
@ Candy with full of hot choclate.
@Candy with choclate indulgence.
@Candy with creamy vanilla.
@Candy with soft of bubble gum.
@Candy with spirit of sour.

syafiq,akk frust x menang..HOP ade peluang menang contest awak ni...huhu

Friday, March 25, 2011

dapatkan detektif conan 71 dipasaran

kepada die hard fan detektif conan, sila dapatkan isu 71...
tadi usha2 kat kedai dah ada...yeehaaa!!
dari remaja sampai la tua bangka ni, tak pernah miss baca conan..haha..
isu 1 publish masa umur aku form 2.ha sekarang aku da doploh lima tahun pun aku beli tau....muahahhaha!! sangat childish..so what?
ok la tue kan...mencabar kepala ho.... aku kan?hehe..
ooo ade sorang yang aku admire gila dalam conan...
bukannya admire kat shinichi ke conan ke ran ke or detektif kogoro maori..
tapi si kacak tu adalah
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaaaaaaaa........


makoto kyogoku.....
juara aikido x silap...
pakwe si sonoko kawan baik ran...
sangat machoooo gilos abang nii...
episod paling ingat dalam isu 52..
sampai lunyai buku 2 aku baca...haha..
sebab ape??
ha cube ko tengok bawah ni...

agak2 berdarah idung tak tengok dia??waaaa...
sangat cool...protective..
kuat jeles...tapi tak tunjuk..
sayang habis kat sonoko tapi cara sound sonoko selalu wat sonoko bengang..ahaha

eh dah melalut..
nak promo isu baru je....
best gak kali ni..
sebab ade kisah cinta inspektor chiba yang embam tue..
comel awek die masa kecik...hehe..

sebenarnya aku tak baca lagi..haha..
sapa dah baca jangan cite kat aku tau...

p/s: cite ni ade je online version.dalam BI..boleh je kalau nak baca online tapi tak feel...
kena baca manga baru feel..haha..
da la malay version kena tunggu 3 bulan...huhu

Wednesday, March 23, 2011

8 manfaat day napping


para saintis giat mengkaji mengenai tidur merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan manfaat day napping:

1. membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.

2. meningkatkan kecekapan dan produktiviti

3. meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan

4. baik untuk jantung dan kesihatan,

5. mengingkatkan fungsi kognitif.

6. memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.

7. menjadikan minda lebih kreatif.

8. mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.


sumber: majalah solusi isu 29(mac 2011) m/s 96..ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib

huhuhu...ada tau faedah day napping or tidur sebentar waktu tengah hari)...best best. khas untuk yang kerja opis sampai petang. tak salah tau tidur sekejap tapi jangan lama-lama....kalau saya, more than beberapa minit..hahaha. takde maknanya istilah tidur sekejap.tidur mesti terlebih2 sampai petang.haahahaha...sebab tu sekarang dah tak tidur petang..


kepada yang masih study, tidur sekejap before solat zuhur itu bagus. biar badan kita rest sekejap. jangan plak tidur lepas azan zohor.it's better to take a nap before the adzan ok...and after you perform your solat zuhur, you can study or do your revision...

yang kerja opis lak, apa salahnya take a nap sekejap. dont force your body to work... kejap je pun tak ape. sekadar take a nap on your table...ha tak mau lebih2.nanti bos marah.hehe..banyak faedahnya..produktiviti kerja pun boleh dicapaikan..so kerja yang kita buat tu berkualiti..hehe

Monday, March 21, 2011

youtube Shahir - Luar Biasa (with lyrics)



lirik:

Seandainya mengalir di sini
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam diari
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

c/o
Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri
Bagai dimensi dan hipokrasi berselari

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Ulang Chorus

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kisah kita
Nyata di rasa nyata di matanya
Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

c/o

Maafkanlah diriku



pearl jade said: oh maiii...adik shahir.suara adik dan lagu ini sangat sebati.sukeewww sangat

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU

encik ben,saya nak letak gambar emak saya baru saya letak banner encik ben ya...tenkiu.



1. Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda.
Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari
100 patah perkataan ..

emak....tiba2 rasa nak menangis..masa tengah taip entri ni, emak abah balik kampung..tinggal saya dengan adik2. mak benda yang paling elly tak boleh lupa,mak susah payah hantar elly pergi klinik sebab elly terduduk atas gelas air lepas kita buka puasa dulu.mak ingat lagi tak...masa tu elly darjah 3..kita baru lepas bukak puasa.pas2 elly tergelincir terduduk atas gelas atas lantai.peha elly berdarah...mak cepat2 hantar elly pergi klinik...doktor cakap,peha kena jahit sebab daging dah terkeluar.berlubang sket peha elly..elly nangis2 xnak kena jahit...mak pujuk elly.mak cakap,semua akan ok..x sakit pun...macam kena gigit semut je...elly rasa lega sangat2..sebab mak ada masa elly sakit.elly harap elly akan jaga mak elok2 macam mak jaga elly..........ampunkan elly mak kalau elly ada salah silap...

2. Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe...

dua-dua sayang sayang.dua-dua saya lebihkan..cuma emak dapat terlebih sikit.sebab nabi muhammad pun cakap...hormat emak 3x lebih dari hormat abah...abah,jangan terasa ya.elly tetap lebihkan dan sayangkan abah jugak.terima kasih abah..


3. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

nauzubillah min zalik...


4. Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

kenapa nak berebut harta...kita sendiri boleh carik harta sendiri kan.kan lagi baik kalau kita berebut nak dapatkan kasih sayang emak abah kita...tolong jangan rampas kebahagiaan emak abah kita...harta boleh dicari.kasih sayang mereka tiada ganti...saya doakan,emak abah kita berbangga dapat anak2 yang soleh dan solehah macam anda semua..


saya akhiri entri saya dengan peluklah emak dan abah anda jika anda tidak melakukannya lagi harini...telefonlah mereka jika anda tidak menghubungi mereka lagi hari ini...bjika hari ini anda belum mendoakan emak dan abah anda,erdoalah untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat...

terimalah!!!!



p/s: mari sayang emak kita...klik sini-------->BEN ASHAARI

xoxoxo

teaserrr!!!



rindu korang......xoxoxoxooxoxoxoxooxox

Love Happens


omai...encik Two Faces ada..wuwuwuwuwuw...sangat dashing!fantabulous!!jatuh rahang tengok encik Two Faces since movie Dark Night. masa tu tak kenal, sapa mamat ni..tiba-tiba jadi jahat lak..bila dia lead dalam cerita ni, I was like...weeeeeeeeeeee....encik Two Faces jadi hero....dengan Jennifor Aniston lak tue..sure best!ok, kalo tak best pun, ada aku kisah sebab ada encik Two Faces..=)
tapi cerita ni memang best tau..

ni sinopsis dia. pau dari pakcik wikipedia..mekacih pakcik wiki..

Burke Ryan (Aaron Eckhart), is a successful Ph.D. and author of a self-help book that gives advice about dealing with the loss of a loved one. He writes the book after his wife dies in a car accident as a way to deal with the grief. While giving a workshop in Seattle, where his wife was from, he meets Eloise (Jennifer Aniston), a woman who works as a florist. It seems, however, that Burke has not been following his own advice, and in fact has not been dealing with the loss of his wife. In the end, he confesses to an audience that he was driving the car, and not his wife, as he previously maintained. Due to this, he blames himself for her death. Eloise, along with his wife's father, (Martin Sheen), help Burke move past his wife's death. Burke goes to Eloise, telling her that she had spent the last few days getting to know the part of him that was not available and wondered was she interested in getting to know the part of him that was available. At the end of the movie, Burke's father in law (Sheen) breaks the fourth wall in an unusual way—instead of addressing the audience, as he walks away from the camera, he says “good bye” to the audience, goes in the front door of the house and then shuts the door, as the credits roll.



see, macam mana la tak cair nampak encik Two Faces ni..huhu!!tapi macam tak glamer encik Two Faces.mesti susah nak tengok dia berlakon lagi..huhu!!ape pun, maintain dashing ya encik Two Faces..tolong jangan belakon comot comot pas2 jadi alien ke, muka cacat lagi ke..huhu!!tapi kalau comot-comot saya tetap suka...=)..tough gitewww..hehe!!

seteleh di edit!!
hahahaha..baru je cakap tak mau dia belakon comot-comot..tiba-tiba cek balik wiki, next film dia kena jadi askar, as a Marine Staff Sergeant..huhu!!
Battle: Los Angeles
best ke x ek cite ni??

Wednesday, March 16, 2011

bersiaran langsung dari kuching

syukur alhamdulillah...dah selamat sampai kuching petang tadi kul3...
kan saya dah cakap..impian coretan seorang jade adalah terbang tinggi...
makbul betul impian saya...hehe
harini dapat bersiaran langsung dari kuching...
pasni nak terbang jauh lagi...korea???london????ade berani???
nak upload gambor tapi da nantok..
mau titon dulu...hehehe

fuh! 1st time naik kapal terbang..rasa mereng otak ni..
macam dah tak centre...ahaha
azam 2011 dah makbul ...alhamdulillah..

hari ni jalan2 je kat waterfront...tengok lampu neon berkelipan..
malamni lak makan mee kolok...
orang cakap datang kuching kena makan mee kolok ni...dah try da tadi..
ade umph...alamak tak tau apa nama kedai tue...
ni ha gambor die...

mee kolok special...ade sup tulang...
kitorang tak tau cara makan.tadi tuang je sup tulang ni dalam mee kolok tu..huhu
credit gambar to shafiza..pakai iphone 4..tenkiu lalink

ok that's all for 1st day
esok mau tengok orang utan ngan puteri santubong+tengok show kat cultural village..
orang sarawak kitak,ada suggestion tak nak gi mana2?
see ya tomorrow

p/s: thanks banyak2 ya sudi komen entri ni...
http://pearl-jade86.blogspot.com/2011/03/segmen-blogger-ikut-negeri.html
balik kuching insyaALLAH saya buat lawatan balas ya )

Tuesday, March 15, 2011

terima kasih encik ben ashaari

alhamdulillah...sangat terkejut dengan pencapaian coretan seorang jade hari ini. syukur sangat2..lepas je join segmen : blogger ikut negeri anjuran ben ashaari, ada la dalam 4 komen yang masuk dan saya balas so jadi 8.then saya berhenti makan kejap. on9 balik dan sangat terkejut sebab ade dalam 19 komen.masyaALLAH...ramainya komen. pasal apa ni. maka saya cek blog ben ashaari....terkujat!!terkedu!!!! rupanya blog saya no 1 dalam senarai blog2 yang lain.alhamdulillah...tak tau nak cakap apa.dan keadaan ini berterusan sampaila sekarang.masih ada yang komen entri saya tue.mungkin ada yang tak heran pun tapi bagi saya ini satu pencapaian permulaan untuk saya.


see..no 1 kan???terharu akak dik non



referral dari encik ben..wuuuuu...entah2 orang lain lagi banyak tapi tak kisahla kan...syukur!!




bukan senang nak bagi 30 orang datang blog saya...saya ni bukan sapa2..


tak silap encik ben pernah cakap usaha sendiri lagi penting...tanpa menggunakan orang lain untuk naik. tetap syukur untuk rezeki hari ini sebab kita tak tau hari2 akan datang..


terima kasih banyak2 kepada encik ben ashaari bagi peluang join.dan sangat2 terharu...blogger2 yang datang semua ikhlas komen...saya dah buat lawatan balas.maaf kalau ada yang tak sempat berkunjung sebab saya sedang berkemas untuk pergi bercuti esok...doakan kepergiaan saya ya...

blog akan bercuti selama 4 hari...saya akan pergi dengan hati yang berbunga2 dan gembira.saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk menerbangkan blog saya.
YA!!!ITULAH IMPIAN SAYA BERSAMA CORETAN SEORANG JADE!!
saya nak terbang jauh....

sapa tak terjah encik ben ashaari lagi malam ni,jom terjah dia

iqbalhakimi: pinjam kapal terbang boleh?





tarik napas....
hemmbuussssss...
tarikkkkk naaapassssssss..
hemmbussssssss.....

iqbalhakimi, akak nak pinjam kapal terbang awak tau.....
nak pinjam 4 hari..pas2 akak pulangkan balik..
tak jauh pun..dekat je..
dengan akak kira harga member la ya...
nanti akak belikan kek lapis?
nak tak?hehe..
dont worry..akak siap basuhkan nanti aeroplane awak tue ya..
doakan akak selamat pergi, selamat kat sana dan selamat balik ya



jom terbang dengan iqbalhakimi..


p/s: dream to fly with MAS

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..

SAYA BLOGGER KUALA LUMPUR



  • Sila ceritakan latar belakang anda ..

  • nama saya siti suhaili sarif...selalu orang kenal pearl jade je kan....kat FB pakai nama mak ayah bagi..2 pasal ramai tak kenal...hehe..mula aktif blog bagi 5 bulan lepas yakni bulan nov 2010 stat balik...bahana kebosanan waktu cuti sekolah(saya cikgu)...rumah kat KL.kampung mak kat kuala selangor. abah kat sabak bernam..dan saya 100% jawa...hehe

  • Profesion anda sekarang ?
  • oh saya adalah seorang cikgu sekolah rendah..i'm teaching english and maths...english year 1 and year 3.and for maths, i'm teaching year 1...so if you wanna tips to be a teacher, feel free to ask me ok :)

  • Blog favourite anda .. kenapa ?
  • 1. ben ashaari...sebab die x hipokrit..dan paling penting dia rajin update.so kita tau nak baca ape

    2. blog yang ada kat bloglist saya ni...sebab dorang semua best2...kalo x,xde la saya letak kat situ kan..hehe.so sapa nak masuk,bagitau la ya...takde peraturan pun..huhu

  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

  • klik sini kalau nak tau......nanti aibkan dia.tapi kalau tak nak klik takpe.jangan cakap kat dia saya cakap saya tak suka masuk blog dia ------->klik SINI

  • Impian anda terhadap blog anda ..

  • Saya nak terbang jauh dengan blog saya..saya tahu,saya boleh!!!


  • sapa nak join, terjah sini ya ;) ------> ben ashaari

    Monday, March 14, 2011

    warkah ucapan selamat hari lahir buat intan nazifah ahmad


    siti suhaili sarif
    no ***** menara sri ******
    jalan *******,
    keramat ******
    54*** kuala ******

    14 mac 2011

    ke hadapan intan nazifah ahmad yang dirindui selalu....

    saudari,
    sudilah apa kiranya saudari menerima surat tidak rasmi saya kepada saudari. saya di sini sangat berbesar hati jika saudari sudi membaca surat saya ini. di harap saudari sihat sejahtera di kolej *, universiti ***** ya.

    hari ini adalah hari yang sangat berbahagia buat saudari, di mana ini adalah hari yang paling dinanti2 kan oleh saudari dan saya saban tahun.dan setiap tahun kita akan meraikannya dengan sangat gemilang. adalah sangat sedih hati ini tak dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran yang ke 2* saudari bersama-sama. namun, saya pasti sahabat handai terdekat saudari akan membuat kejutan yang sangat memeranjatkan kepada saudari.janganlah pula saudari menangis teresak-esak pula....

    masihkah saudari ingat saat2 perkenalan kita??1 tempat yang sangat suci. ya,rumah ALLAH. kita telah bertemu di masjid sekolah kita, masjid an-nur maahad hamidiah semasa kita di tingkatan 1.ketika itu, saya tidak menyangka sama sekali yang kita akan serapat ini.alhamdulillah syukur...panjang jodoh persahabatan kita sehinggan ke hari ini saudari.dan besarlah harapan saya semoga persahabatan kita ini akan berkekalan sampai bila....

    saudari, dihari lahir saudari ini, saya mendoakan semoga saudari diberi kesihatan,kekayaan dan bertemu dengan jodoh yang sangat baik.ya sangat baik..ulang suara,ya sangat baik...yang mampu menjaga saudari diwaktu saudari senang,susah,sihat dan sakit.kerana diri saya tak mampu untuk menjaga saudari sebaik itu..dan semoga saudari akan berada di bawah naungan rahmat ALLAH dan kasih sayangNya. diharap perjalanan saudari ke tanah suci untuk menunaikan umrah akan bermula dan berakhir dengan baik. sampaikan salam saya pada kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w. saya sangat cemburu kerana saudari akan berjumpa dengan baginda di sana....

    intan nazifah ahmad, i want you to know that you're the precious INTAN ever in mylife....it's a bless from ALLAH to meet you dear.and i hope our friendship will remain 4eva..love you from the deepest of my heart.be a good and honest lawyer....hapuskan jenayah di Malaysia..go go goo!!!

    sampai di sini sahaja warkah saya untuk saudari....salam sayang dari saya..


    yang benar,

    siti suhaili sarif

    puisi kentut 3 idiots khas untuk ujang





    puisi kentut ini khas untuk ujang kentut...terimaaalaaahh!!


    kentut kuat yang mulia
    kentut sederhana boleh ditahan
    yang perlahan sangat teruk
    yang senyap, langsung tak boleh tahan

    memang tak leh bla tengok cerita ni.dengan ekspresi muka dia....huhu..ujang, jangan marah ek..hehe

    jom terjah ujang apalah erti hidup tanpa kentut kan ujang..hehe

    Memang Allah Sengaja Menemukan Kita dengan orang yang salah


    Sesungguhnya, ALLAH memang sengaja

    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik


    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    dengan orang yg slh spya kita sedar

    bhw kita hnylah makhluk yg sentiasa mengharapkn pertolongn ALLAH


    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dengan org yg slh supaya kita dapat

    KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UTK DIRI KITA


    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dengan org slh spya kita sedar

    Bhw ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

    Kerana mengingatkn kita bhw dia

    Bukanlah pilihan yg hebat utk kita

    Dan kehidupan kita utk masa depan

    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dgn org yg slh spy kita dpt

    Mengutip pengalaman yg tak semua org

    Berpeluang utk mengalaminya


    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dgn org yg slh spya kita jadi

    Manusia yg HEBAT JIWANYA

    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dgn org yg slh spy kita lbih

    Faham bhw CINTA yg TERBAIK ADA BERSAMA ALLAH


    Memang ALLAH sengaja menemukan kita

    Dgn org yg slh spya kita LEBIH

    MENGENALI KEHIDUPAN yg TAK SELAMANYA KEKAL


    Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan

    Sengsara kerana cinta, fahamilah bhw

    Kehidupan kita makin smp ke pnghujungnya. Hari esok pun kita

    Sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita

    Gapailah keredhaan ALLAH dgn melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkn larangan NYA

    PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu

    Utk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dgn penuh

    Mengharap HANYA kpd NYA



    MUFFAKIRATUL MUSLIMAH 2009/1430-1431 H

    keputusan all england perseorangan akhir 2011. seperti yang dijangka

    siapa menang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    seperti yang dijangkaaaaaaaaaa..............
    kemenangan berpihak kepadaaaaaaa...........
    datuk lee chong weiiiii
    cayalah datok...
    sempout dada tengok datok main tadi tau
    sampai tutup mata
    macam tengok cerita hantu...hehe

    keputusannya:


    malaysia vs china
    lee chong wei vs lin dan

    21-17
    &
    21-17

    Sunday, March 13, 2011

    Temui Jemari Seni di Pesta Buku Antarabangsa 2011

    weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....my favourite publisher dah keluarkan promo ke booth mereka.Jemari Seni Publishing sangat cool dan cerita2 mereka memang best..no jiwang2..no gediks2 story.semuanya penuh ilmiah..mereka publishkan cerita bersahsiah je..temui mereka di


    tarikh : 22 april 2011 - 1 mei 2011

    masa: 10 am - 1o pm
    booth : A05-A08 (mak ai...4 booth tue)
    tempat : dewan tun hussein onn, pwtc



    website dorang pun dah berwajah baru..lebih kemas(sebelum ni pun kemas juga)..1 pembaharuan baru.tahniah kepada semua warga kerja JS



    klik JEMARI SENI untuk ke website mereka

    preview: menunggu hujan by adileah

    COVER-MenungguHujan-web
    Baca bab pertama

    Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

    Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

    Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

    Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

    Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

    Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

    Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

    Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

    * * *

    ADILEAH menulis lagi. Cerita Menunggu Hujan menyerlahkan lagi kematangan ADILEAH dalam mengatur rasa seorang wanita. Bacalah untuk faham hati perempuan bukan dibina daripada pualam.

    ISBN: 978-967-5118-56-2
    Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
    Pesanan online mulai 14
    Mac 2011

    Saturday, March 12, 2011

    I MAS Contest: A Bloggers Contest from Malaysian Airlines

    it's a good news to traveller+blogger+vlogger...dont you want to win a free trip to anywhere you wanna fly.it's FREEEEE....PERCUMA!!!bawak badan sajoooo..not one destination but TWO!!!YES TWO DESTINATIONS...for those yang tak pernah naik kapal terbang macam sayo =___=, should grab this opportunity..it's easy ok...just follow the instructions..

    Just 4 simple steps to stand a chance to win

    1. Register -------> click here
    so fill in the form and submit it. that's it..easy right.

    2. Submit a blog post --------->
    click here3. upload a video

    4. promote it...haruslah kan u promote your video. baru the world can watch your talent.

    Contest Requirements and Terms

    1. Must be 18 years old and above.
    2. Must be a Malaysian Resident.
    3. Must be a member of Mastraveller.com.
    4. Contestants are not allowed to submit on behalf of other individuals.
    5. Contestants must own the rights of the submission content; MAS and Yahoo are not liable for removal of contest submission due to copyright infringement.
    6. This includes and not limited to write ups, photos, animations, videos or any other type of content format submitted.
    7. Only Facebook Likes on the contest page in Mastraveller.com are eligible to be counted as valid contest votes.
    8. For other terms and conditions, please refer to the full list of contest T&C here.

    what are you waiting for....i just got an idea for my video....let's rock the world :)

    SEGMEN KHAS BLOGGER : LELAKI vs PEREMPUAN

    1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?

    rasanya tersangat2 ikhlas. Sebab lelaki macam cakap straight to the point je kan. Nak berdolak dalik takde kot. Pastue kalau ade pandangan hot/panas, sure dorang bagi pandangan yang sangat jelas. Kalau dorang tak suka, memang tak suka la tue.

    1. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?

    Malu ke?? Bagi saya bukan pasal malu..tapi malas nak upload gambar agaknya..hehe.sebab kadang2 saya pun malas nak upload gambar..hehe..lagi satu, malas la kan nak layan peminat2 ramai sangat.yela, sebab tue malu letak..huhu

    1. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum

    Errmmm....saya rasa orang lelaki ni suka cerita apa yang ditahu. Short survey yang saya buat tengok, rata2 blogger lelaki suka cerita pasal gadjet, kereta, intrnet, tips blogging SEO, BE, ME, and etc.. pasal personal rasanya tak ramai yang cerita cuma diselit2 sket dalam entri..hehe..then, benda2 ni akan menolong orang perempuan yang tak tau cam saya ni...

    1. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?

    Sebab dorang kreatif kot..entri dorang pelbagai. Ade yang wat dialog la, lukis kartunla dan macam2. kalau perempuan kadang2 entri panjang...dan lagi 1, blogger perempuan ramai kot. Kalau kawan perempuan dah promo kat kawan dia, ha bertambahla follower.

    1. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
      1. Ben ashaari…
      2. ujang
      3. syafiq rosli
      4. pendekar berkuda
      5. izamir ridzwan
    1. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

    Saya nak letak info2 pasal blogging tips..hehe

    siapa nak join, klik SINI ya

    Friday, March 11, 2011

    syukur! saya menang dunia novel giveaway :)

    ehemmmmm..masih ingatkah lagi anda dengan entri ini
    http://pearl-jade86.blogspot.com/2011/02/dunia-novel-giveaway.html ok kalau tak ingat sila klik..hehehe..ya ALLAH alhamdulillah syukur sangat2..rezeki sangat murah lately. betulla Allah cakap, rezeki kita datang dengan pelbagai cara..hari tue menang topup rm1o. pastu dapat dua BE serentak dan hari ini, saya dikhabarkan saya menang giveaway by dunia novel...disaat saya rasa kenapa saya diuji dengan pelbagai ujian,ALLAH membalasnya dengan kegembiraan.

    YA!!! Allah itu Maha Adil.kalau kita bersyukur dan redha dengan apa yang Allah rancang untuk kita, kemanisan rezeki akan datang tanpa diduga dan lebih manis dari apa yang kita bayangkan. Allahuakbar!!! rasa nak menangis pun ada...letih!!! sangat2 letih!!! i'm so tired this week. to handle people, to handle my pupil, to handle my colleagues, it needs tones and tones of energy to handle them.waaaaaaaaaaa...thanx ALLAH and thanx kak jihan for giving me such an opportunity to get this rezeki.alhamdulillah syukur!!!

    boleh rujuk entri ini untuk rezeki saya di dunia novel...http://dunia-novel.blogspot.com/2011/03/pemenang-dn-1st-ga.html#comment-form
    comel tak kak jihan?siap buat draw lots manual pakai kertas...tulis nama dalam kertas pastue draw lots manually. tak payah pakai random.org..sangat klasik wat camni..teringat draw lots untuk main tukar2 hadiah.hehe..

    ada 6 pemenang untuk contest ni...jom terjah dorang :)


    02 : Pearl Jade
    09 : Jieda
    10 : my shaizhar blog contest
    16 : @lyci@
    29 : ika puk puk
    77 : akmafaizal

    Thursday, March 10, 2011

    syukur...dapat 2 buffered earning

    hoooooraaayyyyyyyyyyyyyyy...agaknya musim orang dapat BE ya sekarang.tengok ciktom dapat 2,pastu terpikir aku ni bila nak dapat lagi...hari tue BE da jadi ME.uguuu..sedih2..tap takpe.alhamdulillah,tiba2 cek nuffnang semalam dapat lagi 2 BE serentak...alhamdulillah.
    thanx to I MAS Travel and MAS MH buddy sudi letak permanent iklan uols kat blog iols ni..hehe..MAS tuee...macam2 tau je iols nak naik flight for the every 1st time ver in my life.tapi sori MAS, iols tak beli tix dekat MAS sebab hari tue ongkos enggak ada...insyaALLAH doa2 la ya rezeki bertambah boleh iols naik flight MAS pasni.hehe..

    memang best ok contest nie..I MAS Travel ni satu contest khas untuk blogger..sape2 yang berminat sila ke website ni ok I MAS TRAVELLER.iols pun macam berminat nak join.doakan iols menang ok.dah ada idea nak wat ape ni...nnt iols update lagi ok :)

    Disney's "Up" house created in real life and flown for National Geographic show

    korang tengok tak cite up??? yes disney "up" movie bebudak tue..ape ta tengok gi, sila tengok ya..hehe...ok bukannya nak promo cite tue tapi nak ce cite flying house dalam cite Up..ha that's why la tajuk dia Up..huhu!!!

    cuba tengok ni...comel tak flying house tue.

    Photobucket

    sila abaikan tulisan jepun tue..hehe...and this morning, aspa ade post link utube dorang merealkan flying house nie.perghhh!!!






    tak tau la bila siaran dokumentari ni nak masuk NG...kena cek ni.sape2 tau sila roger akak hokeyy!!!akak suka tau....sebab dari dulu teringin nak naik air balloon..last year semangat je pagi2 gi putrajaya.last2 tiket sold out...eh bukan setakat tiket sold out.rupanya show pagi dah habis..miahahahah!!! nak nek petang lambat sangat lak..hehe.this year harus pergi putrajaya..weeeee....


    Tuesday, March 08, 2011

    mimpi makan sushi


    om nom nom.......semalam mimpi makan sushi.ngeeeeeeee..
    dah lama tak makan sushi..kat banting ni mana la nak carik sushi kan? so mari kita tunggu school holiday..yeeehaaaa!!!

    banyak2 sushi, suka yang ni
    source: http://elinluv.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

    hhmm...dulu2 memang tak suka sushi ni sebab erk, kenapa tak masak.pas2 bila tengok shafiza ni hantu sushi, siap beli banyak kalau gi JUSCO, ha cuba la try kan..pas2 jusco maluri punya sushi memang meletup.kalah mana2 cawangan jusco kat malaysia ni.tak tau la pasal apa.si jiah tue setiap kali gi JJ maluri kompem sushi wajib beli....sllurprppppp...air liur meleleh da niee..mak, nak sushi...

    Monday, March 07, 2011

    saya pembaca bertuah ke 15000 blog nescafe ais


    gila kentang..menggigil taip entri ni..hahahahaa
    encik nescafe ais..saya berjaya....tenkiu!!!!hehehehehe
    siapa tak kenal nescafe ais kan?top blogger yg wat tutorial blog..ha amik kau..
    tenkiu2 untuk rezeki ni...alhamdulillah syukur :)
    encik nescafe ais, rajin2 la wat contest lagi ya..hehe

    saya menang untuk entri ni ------> klik SINI

    lepas ni nak try pembaca bertuah ke 25000..ada beraannnn??? klik sini

    LOGIN : Semakan Online Temuduga SPP(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)




    bagi sesiapa yang ingin menyemak status temuduga anda, sila klik gambar di bawah
    ataupun klik SINI

    semoga berjaya :)

    Sunday, March 06, 2011

    Random Giveaway By Nisa Menaip.


    cik adik manis nisa kay wat GA...
    i loikeee you...
    dah la hadiah dia purse.
    weeeeeeeeeee..
    adik sayang..kalau ade rezeki akak menang,akk sayang adik 3000000x..hihi..

    p/s: nama nisa sama dengan nama adik akak...kira nisa adik akak la kan..hehe

    preview: Tinta by Nasron Sira Rahim, Syud & Pingu Toha

    COVER-Tinta-web

    Tiga ceritera dalam sebuah
    TINTA

    Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

    (Baca Prolog)

    Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

    Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?

    Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

    ***

    Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

    (Baca Prolog)

    Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

    “Sufiy.”

    “Ya?”

    “Nama saya Ameer.”

    “Oh. Jumpa lagi, Ameer.”

    Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

    ***

    Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

    (Baca Prolog)

    Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

    Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

    Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

    ISBN: 978-967-5118-57-9
    Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
    Pesanan online mulai
    14 Mac 2011.

    saya rindu blogging : (

    erm....mingggu ni memang sibuk betul..
    banyak event jadi minggu ni..
    hari selasa harin tue tiba2 dapat tau pegawai PPD nak datang sekolah nak buat pemantauan berkelompok!!!
    ampun......
    sangat terkejut....
    patutya dorang nak datang khamis lepas tapi tak jadi sebab sekolah masa tu jadi tuan rumah kriket peringkat negeri selangor..
    petang selasa terus sakit kepala and tidur je kerjanya..
    hari rabu tue pulun prepare nak ajar apa untuk hari khamis...
    macam nak kena observe dengan lecturer waa cakap sama lu...
    seram amat!!!!
    tak mau cite pasal observation!!!
    balik rumah nangis..haha!!!

    pastu hari sabtu ade meeting pibg..
    uruskan pendaftaran parent and cikgu2..
    waaaa..okla gak...
    tadi pulak uruskan pendaftaran peserta2 star A daerah kuala langat kat matrikulasi selangor..
    apsal zaman dulu takde matrx selangor ek??
    best je kalau belajar kt sini..hehe
    ni pun tengah curik masa nak wat soalan ujian bulanan 1 sekolah...
    yeeehaaaaaa.......
    mari berusaha!!!
    next week budak2 ade test..
    so lapang la sikit..
    miahahahaha!!!!

     

    Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork