Monday, March 14, 2011

warkah ucapan selamat hari lahir buat intan nazifah ahmad


siti suhaili sarif
no ***** menara sri ******
jalan *******,
keramat ******
54*** kuala ******

14 mac 2011

ke hadapan intan nazifah ahmad yang dirindui selalu....

saudari,
sudilah apa kiranya saudari menerima surat tidak rasmi saya kepada saudari. saya di sini sangat berbesar hati jika saudari sudi membaca surat saya ini. di harap saudari sihat sejahtera di kolej *, universiti ***** ya.

hari ini adalah hari yang sangat berbahagia buat saudari, di mana ini adalah hari yang paling dinanti2 kan oleh saudari dan saya saban tahun.dan setiap tahun kita akan meraikannya dengan sangat gemilang. adalah sangat sedih hati ini tak dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran yang ke 2* saudari bersama-sama. namun, saya pasti sahabat handai terdekat saudari akan membuat kejutan yang sangat memeranjatkan kepada saudari.janganlah pula saudari menangis teresak-esak pula....

masihkah saudari ingat saat2 perkenalan kita??1 tempat yang sangat suci. ya,rumah ALLAH. kita telah bertemu di masjid sekolah kita, masjid an-nur maahad hamidiah semasa kita di tingkatan 1.ketika itu, saya tidak menyangka sama sekali yang kita akan serapat ini.alhamdulillah syukur...panjang jodoh persahabatan kita sehinggan ke hari ini saudari.dan besarlah harapan saya semoga persahabatan kita ini akan berkekalan sampai bila....

saudari, dihari lahir saudari ini, saya mendoakan semoga saudari diberi kesihatan,kekayaan dan bertemu dengan jodoh yang sangat baik.ya sangat baik..ulang suara,ya sangat baik...yang mampu menjaga saudari diwaktu saudari senang,susah,sihat dan sakit.kerana diri saya tak mampu untuk menjaga saudari sebaik itu..dan semoga saudari akan berada di bawah naungan rahmat ALLAH dan kasih sayangNya. diharap perjalanan saudari ke tanah suci untuk menunaikan umrah akan bermula dan berakhir dengan baik. sampaikan salam saya pada kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w. saya sangat cemburu kerana saudari akan berjumpa dengan baginda di sana....

intan nazifah ahmad, i want you to know that you're the precious INTAN ever in mylife....it's a bless from ALLAH to meet you dear.and i hope our friendship will remain 4eva..love you from the deepest of my heart.be a good and honest lawyer....hapuskan jenayah di Malaysia..go go goo!!!

sampai di sini sahaja warkah saya untuk saudari....salam sayang dari saya..


yang benar,

siti suhaili sarif

No comments:

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork