Thursday, May 12, 2011

Dikala Kamu Mengingati Kekasihmu



Sudah cukupkah bagi dirimu?

Di kala engkau mengingati kekasihmu,

Tanyalah akan diri, sudah cukupkah aku mengingati pencipta bagi kekasihku?

Di kala engkau merindui kekasihmu,

Tanyalah dirimu, sudah cukupkah aku merindui pencipta kekasihku?


Di kala engkau mencinta kekasihmu

Tanyalah diri, sudah cukupkah aku mencintai pencipta kekasihku?

Di kala engkau terlupa menghantar pesanan rindu kepada kekasihmu,

Tanyalah akan diri, sudah cukupkah rintihan dan doa kepada pencipta kekasihmu?

Di kala engkau memuji kecantikan dan kehebatan kekasihmu,

Tanyalah dirimu, sudah cukupkah pujian dan pengabdianku pada pencipta kekasihku?

Di kala engkau menghabiskan masa dan wang untuk kekasihmu,

Tanyalah akan diri, sudah cukupkah masa dan harta yang aku belanjakan untuk pencipta kekasihku?

Di kala engkau bersedih kerana kekasihmu

Tanyalah pada dirimu, sudah cukupkah aku bersedih kerana dosa-dosaku pada pencipta kekasihku

Dan di kala engkau ingin terus hidup bahagia selamanya di dunia bersama kekasihmu

Tanyalah diri mu, sudah cukupkah amal dan bekalanku untuk bertemu pencipta kekasihku?


(Fikkri,2011)


salam and hi to all...puisi di atas adalah hasil nukilan kawan saya,fikkri...beliau meminta saya untuk mempostnya di dalam blog saya.wah, sangat tak sangka...ada juga yang berminat nak saya share puisi di blog saya..hehe..erm, tak sangka fikkri ni boleh tulis puisi...orangnya senyap je...betulla saikologist cakap,orang introvert ni, pandai menulis dan berotak kreatif/seni...hehe...ooo ya,fikkri pun dah hantar puisi dia di iluvislam.com ..wah!sangat hebat!! jeles tau dengan orang pandai menulis puisi/cerita...bila la ada courage nak buat ya?hehe...


Dikala Kamu Mengingati Kekasihmu...dalam sungguh maksudnya tue...memang betul..kita selalu sanjung kekasih kita/bf/gf/isteri/suami...tapi kita sedar tak, siapa yang mencipta kekasih kita tu?obviously, you know the answer right? dan adakah kita mengingati pencipta kekasih kita tu melebihi kita mengasihi pencipta kita...wallahualam...

No comments:

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork