Tuesday, January 11, 2011

trilogi cinta = tak seindah mimpi +tak semanis impian+tiada lagi mimpi


TRILOGI CINTA, ADAPTASI DARI 3 NOVEL SHARIFAH ABU SALEM






weeeeeee..
encik abg rosyam nor jadi hero novel pulak..
sangat best sebab tak pernah tengok abang rosy blakon jadi hero romantik..
romantik ok abang rosy dalam ni..
lembut je watak dia.
sebagai suami penyayang..
takde garang2 dan serius..
cool dan suka buat lawak sinis dalam cerita ni..
bergandingan pulak dengan fauziah gaus..
memang nampak beza umur dorang..
fauziah gaus pun memang innocent, kalut,gelabah dalam watak dia..
tapi kira best gakla dia belakon..
sesuai gakla dengan dia.
cuba bayangkan lisa surihani jadi norjinah..
oh tak sesuai sangat sebab lisa surihani macam urban2 sket..
hihi..

sinopsis trilogi cinta rasanya sama je dengan dalam tiga2 novel puan sharifah abu saleem..
so saya bagi sinopsis novel je la ek..
kalau rasa nak order buku tu dan layan2 feeling sambil baring atas katil, dipersilakan lah ya..
huhu



Harga: RM24.00
ISBN: 983-124-042-1
Halaman: 655
Borang langganan

Sinopsis: Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.






Harga: RM19.90
ISBN: 983-124-112-6
Halaman: 576
Borang langganan

Sinopsis: NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.







Harga: RM19.90
ISBN: 983-124-203-3
Halaman: 560
Borang langganan

Sinopsis: Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...


ok..kat bawah ni ulasan daripada pihak alaf 21 mengenai cerita ni

Drama 40 episod ini disiarkan di TV1 setiap Ahad, Isnin dan Selasa jam 10.00 – 11.00 malam. Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini ialah Rosyam Nor sebagai Razif, Amyza Adnan sebagai Salmi dan Fauziah Ghouse sebagai Norjinah. Novelis ini juga bertindak sebagai penulis skrip.

Drama ini mengisahkan pergolakan rumah tangga antara Razif. Isterinya Salmi menduakan kasih dengan Amir. Ditakdirkan, Salmi kemalangan dalam satu pergaduhan dan lumpuh. Razif yang masih menyayangi isterinya, rela merujuk semula demi anak-anak mereka Amira dan Balkis.

Norjinah, yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti disebabkan kemiskinan keluarga menjadi orang gaji di rumah Razif. Dia menjaga Salmi dengan baik dan mengasihi Amira dan Balkis. Dalam diam, Badrul, adik Salmi jatuh hati pada gadis itu. Namun, Norjinah tidak bersedia menerima hasrat suci pemuda itu.

Lama kelamaan, anak-anak Razif lebih mesra dengan Norjinah berbanding ibu mereka. Salmi mula cemburu dan sering bergaduh dengan Razif disebabkan Norjinah. Akhirnya, gadis malang itu melarikan diri.

Sejak itu, Amira dan Balkis sering sakit. Akhirnya Salmi sedar akan kesilapannnya dan menyuruh Razif membawa Norjinah pulang ke rumah mereka. Bagi menebus dosa-dosanya selama ini, Salmi bersedia menerima orang gajinya sebagai madu.

Razif yang pada mulanya menolak cadangan Salmi akhirnya menerima Norjinah sebagai isterinya. Bagaimanapun pelbagai konflik dan dugaan yang terpaksa dihadapi Norjinah setelah menjadi isteri kedua.

Saksikanlah drama ini yang pasti mengundang air mata para penonton dengan nasih malang yang menimpa Norjinah.

sumber: alaf 21

3 comments:

Kak Long said...

saya dah baca semua novel tu, masa baca dulu tu mmg touching habis. saya memang berharap ia akan di adaptasikan ke drama or filem, tak sangka....akhirnya jadi realiti. skg without missed, depan tv la ahad isnin dan selasa

Elly Jade said...

sye bce gak tiga2 tp xingt sgt..bce sket2 je..hehe
suka sgt novel ni didramakan.huhu

Diyanieee said...

wahhhhh dah kuar daahh cita nie??
dah byk kali khatam novel ni dari form3 lagi..hehehe..smpai skrg msh baca novel nie taw..hehe..
msti best kan law dah kuar drama..
pasni tak sbr nak tggu ombak rindu pula tahun nie kalu tak silap..

^.^

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork