Tuesday, January 11, 2011

TRIONOVEL JANUARI, BAKAL TERBIT - ALAF 21



Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Muna Mahira
ISBN: 978-983-124-631-3
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langgan.jpg

Sinopsis: BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…




Harga: RM16.00
Halaman: 400
Penulis: Hashim Salleh
ISBN: 978-983-124-650-4
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langgan.jpg

Sinopsis: Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladang getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.

Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.




Harga: RM18.00
Halaman: 464
Penulis: Elis Mokhtar
ISBN: 978-983-124-646-7
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langgan.jpg

Sinopsis: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan.

Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus di¬per¬tahankan kedamaiannya!

Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
...........
Hubungi Eksekutif pengedaran Alaf 21:
Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820)

2 comments:

Ujang9897 said...

wow...

Elly Jade said...

uix..baca novel ke?
hehe
bila nak buat biodata cik pearl jade
=p

 

Travelblog Elly Jade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork