Penulis: Ika Madera
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21
Bil Muka Surat : 529
Sumber buku : Beli di MPH, Mid Valley
Puas hati! Sangat-sangat berpuas hati. Tak sia-sia saya beli buku ni tanpa berfikir dua kali. Novel ini amat menarik pandangan pertama saya kerana tajuknya yang unik dan bersahaja “Jet Jonah”. Agak klasik tajuknya. Hihi!!
Jet Jonah mengisahkan sepasang kawan baik iaitu Jet dan Jonah yang berkawan sejak kecil lagi. Kira masing-masing “partners in crime” dan sering menimbulkan huru-hara di kampung mereka, Kampung Ayam Jambul…mak ai, nama kampung pun sempoi…Mak ayah kedua-dua sahabat baik ni selalu pening kepala memikirkan kenakalan mereka. Saya sukakan idea-idea kenakalan mereka seperti main layang-layang dan tali tu disalut serpihan kaca..teringat komik anak-anak Sidek sebab mereka pun buat macam tu juga.hehe..memang nakal dan ada-ada sahaja idea mereka berdua untuk menghiburkan hati masing-masing. Oh ya, mereka berumur 7tahun masa ni. Kelakar dan kesian juga mereka kena ikat dekat pokok rambutan sebab mencuri rambutan Pak Dollah. Sampai botak pokok orang tu…Dan aktiviti-aktiviti kenakalan mereka ni, adalah flashback semasa JJ berumur 28 tahun rasanya…
perhatian: ini adalah spoiler...hehe.sape2 yang nak ada suspen2, sila jangan scroll =p
Boleh dikatakan 85% scene dalam cerita ni berada di
Ha, sekarang baru masuk cerita Jet Jonah…cukup rempah ratusnya. Unsur setiakawan, suspen, surprise, tawa, sedih dan semuanya ada. Cukup elok diadun jalan ceritanya. Awal-awal da suspen sebab dalam 22 tahun mereka terpisah lepas insiden kena ikat kat pokok tu…Jet merajuk sebab tak pasal-pasal dia kena ikat sekali dengan Jonah. Jonah lebih kepada mastermind dan Jet ni follow je Jonah tu… Tak lama lepas tu, Jonah berpindah. Still Jet merajuk.
Diringkaskan, Jet jatuh hati dekat Jonah. Dari kecik rupanya dia dah suka Jonah ni. Yang bestnya, Jonah tak perasan dan berhati batu tapi still trauma kes tak jadi kahwin dulu. Comel and simple si Jet ni propose Jonah. Jangan risau, Jonah terus setuju sebab Jet ikhlas habis dan Jet ni siap isthikharah, tanya ustaz lagi pasal mimpi dia. Dia mimpi mak dia dengan mak Jonah anyam ketupat sama-sama dengan gembiranya…tapi yang kelakar, boleh si Jet ni ingat Ikhwan nak tackle si Jonah sebab Ikhwan ada bagi nasihat jangan jumpa, jangan e-mail Jonah. Tahan nafsu dan “puasa” untuk jaga hati Jet sebab terlebih angau…Kelakar je Jet merajuk dengan Ikhwan…
Part sedih kena ada dalam setiap novel. Setiap yang hidup, pasti akan mati…siapa yang mati tu??jet ke, ke jonah?ha, kalau dorang yang mati, sure pecah panggung
Kenapa saya suka novel ni? Kenapa saya tak tidur malam baca cerita ni? Kenapa saya terus buat review? Sebab cerita ni ditulis bukan setakat cerita lelaki dan perempuan yang habis lepas nikah. It’s beyond that. Dan jujur saya jelak dengan lelaki dirampas perempuan, perempuan curang dan sebagainya. Jet Jonah hanyalah kisah lelaki dan perempuan biasa yang mungkin sama dengan kehidupan anda. Ia adalah realiti kehidupan.(ceh, pandai-pandai je interprete..hehe)…bagaimana mereka belajar memperbaiki diri untuk menjadi suami isteri yang lebih baik. Ha, romantik-romantik mereka sangat simple dan comel. Tak perlu nak pegang
Kesimpulannya, saya rasa ia tidak menghampakan. Membuak-buak keinginan untuk ke
blurp/ sinopsis belakang buku
I
London, 2007
“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!
Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!
II
1 Syawal, 1428
Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”
Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!
* * *
IKA MADERA penulis dari Kota Singa ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara yang unik. Caranya bercerita membuat senyum melekat di bibir. Jet Jonah – sebuah kisah cinta kasih sayang yang manis berlatarkan masyarakat Melayu di Kota London.
sinopsis dibuat untuk join blog : ulat buku
2 comments:
kat london teringin nk pegi white hart lane,,
dah jatuh cinta ngn spurs la,,
lg2 modric n bale,,hehe
pergh...abg chik lg expert london..
nnt kte g same2
huhu..kalo bce cite ni,berangan ade kt london =p
Post a Comment